BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 26, 2011

Maal Hijrah - Bersatu & Bangkit

Tiba-tiba rasa nak menulis setelah sekian lama blog ditinggalkan terbiar..hehe. Hari ni kita semua umat Islam menyambut Awal Muharam. Selamat tahun baru lah kiranya. Tutup buku lama buka buku baru. Kita tambah amal, tambah ilmu, tambah pendapatan err tambah ape lagi..ha yang dah kahwin tambah umat..kekeke.

Baru-baru ni skuad Harimau Muda kita baru je mempertahankan emas Sukan SEA setelah melalui pelbagai halangan, onak, ranjau dan liku serta rintangan –menunjukkan betapa banyak yang terpaksa dihadapi- sepanjang temasya berlangsung. Jangan kata skuad bola je la, atlit-atlit lain pun sama jugak termasuk la wartawan-wartawan pun terkena tempias. Menunjukkan betapa tak profesionalnya Indonesia ni. Sepatutnya sukan ni boleh dijadikan medium untuk menyatukan ukhuwah tapi diorang ni lain pesen plak. Lagi di ajak bermusuh.



Aku sepanjang-panjang kempen Sukan SEA ni memang aku persampahkan aje ideology ‘serumpun’. Sampai ada kawan aku jadi benci kat syampu rambut dia sebab ada perkataan ‘anti-ketombe’. Ni semua gara-gara buruknya layanan orang-orang Indonesia pada Malaysia. Aku jadi BENCI GILA kat Indonesia.

Tapi bila pikir-pikir balik, macam takde guna plak aku buat macam tu. Lagi mengeruhkan keadaan je. Patutnya kita jangan jadi tak bertamadun macam diorang plus bukan semua pun orang Indonesia yang macam tu. Dalam beratus-ratus juta rakyat diorang, 100,000 yang buat onar takkan nak label semua pun sama? Lagi pulak ada je rakyat Malaysia yang tak hormat lagu kebangsaan negara lain. Lagi teruk rakyat Malaysia sendiri ada jugak yang tak hormat lagu Negaraku. Tau la kan kes sape..huhu.

Jadi aku dah neutralkan balik rasa benci tu. Fazri pun sekarang tengah ada kat Bogor, Indonesia. Rilek je aku berkomen-komen facebook ngan kawan Indon dia. Patut berterima kasih la jugak kat diorang kan pasal duk jaga Fazri dan kawan-kawan sepanjang ada kat sana. Bawak gi makan, jalan-jalan. Ini lah yang baru dinamakan persaudaraan.

Diharapnya rakyat Indonesia pikir balik la apa yang diorang dah buat tu. Bak kata sorang blogger Indonesia, diorang kalah sebab hati diorang dipenuhi benci dan dendam ditambah pulak diorang tak memberi layanan yang sepatutnya kepada tetamu.

Walaubagaimanapun, -cewah- segala onak ranjau ni la yang telah mematangkan skuad Harimau Muda kita yang mana mereka akhirnya ‘Bersatu & Bangkit’ melawan 100,011 rakyat Indonesia dan berjaya mengucup ‘ibu’ pingat emas. Mereka lebih ampuh sekarang ini. So aku rasa slogan Sukan SEA kali ni, ‘Bersatu & Bangkit’ lebih berjaya disemat dan dipasakkan dalam pasukan Malaysia berbanding tujuan asalnya untuk semua pasukan-pasukan supaya bersatu dan bangkit.

Oleh itu, sempena Maal Hijrah 1433 ni marilah kita semua bersatu dan bangkit membina negara Malaysia yang lebih maju, aman dan harmoni. Aku juga harus bangkit supaya tidak putus asa mencari kerja. Dimana nanti akhirnya aku akan bersatu dan bangkit bersama-sama rakan sekerja memajukan company yang aku kerja tu. Haa gitu... Salam Maal hijrah. :)

Friday, May 27, 2011

Review KARAK



Malam tadi habis2 movie je Fazri tanya, "macam mane cerita tadi?". tapi disebabkan takut dan nak balik kena meredah malam kepala otak aku tak boleh nak digest.aku cakap kat dia, "besok la saya jawab soalan tu.tak boleh pikir la".hahaha..melampau.Kalau korang nak tau sinopsis korang google je la.aku malas nk tulis..kehkeh.

Tak reti aku nak rate cerita ni tapi overall,ok la.Emm aku bagi 3/5. Eh,cam banyak sangat. 2.8 je la.. 1.5 dah hilang sebab Kilaparipari. Dia berlakon memang out! Terlampau berusaha nak berlakon gedik. 0.5 lagi hilang sebab ada scene berkemban. Ingatkan cerita Yusry ni takde la babak2 murahan ni..hoh. 0.2 lagi hilang ada la kat benda2 kecik2 lain.

Scene2 seram dia cukup rempah gak r nak menakutkan aku yang tak berapa berani sangat ni..Tengok je la entry kat bawah nun betapa takutnya aku..hehe.

Babak watak Kilafairy tengah mandi nyanyi lagu "hujan oh hujan kenapa engkau turun"...sat g hantu tu turun sambil nyanyi "macam mana aku tak turun engkau panggil aku"..vavi tak vavi.memang mencarut aku dalam wayang tu.

Muka hantu dia pun tak lawak. Ada setengah cerita hantu Malaysia muka hantu dia lawak. Tapi cerita ni muka hantu dia aku memang tak berani tengok lama2. Ada satu scene hantu tu keluar aku terus tarik shawl. Kebetulan pulak butir bicara hantu tu tak berapa clear tapi ada subtitle so boleh baca tapi disebabkan aku dah tutup muka aku tak tau dia cakap ape..haha.

Tapi biasa la produk KRU kan,teknologi diorang memang up daripada pengarah2 filem Malaysia lain. Ada babak Shera Aiyob kena rasuk, dia tarik kaki Shahir ngan mamat nama Jack tu sambil terbang2. Scene tu cantik. Alah,tak reti nok royak camane tapi nampak berteknologi la babak tu.

Lepas tu kan, kalo korang tengok nanti cuba korang telek si Shahir tu. Seperasan aku la kan, dia tak berapa nak berskin-ship sangat dengan si Shera Aiyob. Dalam cerita ni dorang belakon as couple. Kat babak2 akhir selepas berakhir segala serangan2 hantu tu si Shera peluk Shahir tapi Shahir tak balas balik pelukan tu. Tapi memang perasan la yang shahir ni macam menjaga tatasusila la kunun.

Oh by the way,aku bagi extra mark kat Yusry pasal dalam babak yang pakai ramai extra, (bila dah siang polis bomba suma jumpa kereta diorang yang jatuh gaung,ramai la kunun2 orang awam yang datang tengok)extra tu suma belakon betul2. Masa Shera tu nangis2 ada orang yang pandang2 sambil cakap2. Lepas tu bila Shera jerit sumeorang pandang. Memang real. Pasal orang2 memang akan buat macam tu. Selalu pengarah kurang amek berat hal2 remeh macam ni. Yang dia buat janji extra ramai.Tapi dia tak direct betul2 apa yang diorang perlu buat and extra2 ni la yang kadang2 tak sikit banyak boleh mencacatkan cerita.

Tapi aku tak paham kenapa pembaca berita tu cakap seorang lagi pelajar masih belum dijumpai.. Sape2 yang dah tengok nanti and paham sila la explain kat aku..hehe.

P/S:tak kan lalu KARAK....haha!

K-A-R-A-K bila dieja terbalik bunyinya….



Masih KARAK lagi…rasa seram tak?muhaha! =P Malam tadi aku gi tengok cerita Karak,late nite movie. Pergh! Cerita dia bagi aku ok-ok je tapi seram dia memang terkesan di jiwa. Balik dari movie dekat2 kul 1. Sepanjang2 jalan tu aku mula pikir bukan2.. Nampak pokok tinggi terbayang hantu bergayut.. Nampak semak terbayang hantu melompat keluar.. Van melintas, lori melintas aku tak berani nak tengok.. Terbayang kalau2 takde driver. Siot gila.

Dah masuk kawasan flat aku lega sikit. Tapi bila nampak je blok aku,cilake! Lampu tangga tak hidup ;( Aku memang tak paham dengan lampu tangga and koridor blok aku tu. Kadang hidup kadang tak. Aku meniti anak2 tangga dengan lajunya. Kalau boleh langkah 3 anak tangga sekaligus memang aku buat. Tapi aku tak buat. Aku naik laju2 je. Sampai tingkat berapa ntah, (time ni memang dah tak kira tingkat. Aku naik sampai dah takde tangga je) hati tengah dup-dap-dup-dap ni tetiba kat hujung koridor kat tangga belah lagi satu ada lelaki dengan perempuan pakai t-shirt putih. Dem! Kenapa kau tak pakai baju biru ke oren ke. Rasa macam nak gugur jantung. Lepas nampak tu memang aku lagi pecut la naik tangga.

Oh,before tu sebelum aku naik tangga aku suh Fazri tunggu kat bawah. Tengok aku sepanjang2 aku naik tangga. Dah habis panjat tangga aku call dia. Cakap jangan balik lagi sampai aku masuk rumah. Fazri bengang dengan ketakutan melampau aku malam tadi. Tapi lantak la. Koridor tu dah la gelap. Raba2 cari lubang kunci tak jumpa. Tengah takut lambat plak baru dapat bukak pintu. Memang jahanam betul.

Dah dapat masuk rumah baru rasa ok. Aku terus tukar2 baju, cuci muka then baring. Mesej2 Fazri sikit pastu decide nak tido pasal kepala otak ni tak leh berenti pikir bukan2. Aku tak tau la kenapa aku jadi takot sangat malam tadi. Padahal bukan tak pernah tengok cerita hantu pun. Tapi maybe sebab dah lewat lepas tu malam jumaat pulak tu tambah2 aku tengah bulan mengambang. So jadi takut tak hengat.

Fazri plak macam bengang ngan aku sebab macam overreacted. Tapi memang sumpah aku takot, takde tipu2. Dia cam belagak cakap citer tu tak takot and tak best. Padahal ada sekali tu dia yang takut terlebih. Tutup muka sambil jerit sampai badan melorot-lorot. LOL.

Thursday, April 21, 2011

Tazkirah Jumaat...

Assalamualaikum.

Tazkirah untuk hari ini:

# Hidup jangan selalu dongak ke atas je.pandang gak ke bawah.pasal hidup kita bukan akan selamanya di atas.jangan riak jangan takbur.mana tahu Allah nak duga kita Dia letak kita kat bawah pulak.

# Bersyukur dengan rahmat yang tuhan bagi.bersyukur dengan kesihatan yang Allah beri.jangan pulak kita sihat,orang lain sakit kita cerca.ingat,orang tu tak mintak pun sakit.semua orang nak sihat.tapi senanyer orang yang sakit lagi beruntung.selalunya bila sakit,kita akan ingat tuhan.orang yang tak sakit ni sekiranya tak beringat akan terus terlalai dengan kehidupan.kira beruntung la kan orang yang sakit ni?

Banyak benda aku nampak,aku belajar,aku tahu bila keje ni..Sekian.

Friday, April 15, 2011

46

Hurm,bila kerja ni balik2 je mesti tido..bukan nak ber exercise.awal2 balik dari Besut dulu agak bersemangat la asal petang je bernaik turun tangga tak pon berskipping.sekarang,asal berpetang je bertido..adeh~

Baru2 ni aku urut atok ngan nenek aku.bila duk mengurut tu asek la kuar angin. dulu,takde pon macam tu.nenek aku duk gelak2 tiap kali aku sendawa.mak aku plak,"hari tu ibu tengok kat tv dia cakap orang yang diurut ke mengurut sikit berangin-angin tu maknanya dalam darah dia banyak kolestrol.arkk??

Tu mak aku nak cakap darah aku banyak kolestrol impliedly nak kata aku gemok la jugak..adoi.

Hasilnya hari tu aku pegi beli


Hehe..senanya tak suka pun minum susu and aku macam dah trauma gak nak minum susu sebab dulu aku minum anlene la aku jadi gemok.tapi takpe la.nak buang kolestrol punya pasal,minum saja.tapi kena gak bersenam ni.kasut sukan dah rabak.bersenam dalam rumah je la gamaknya..

1 2 3 4 5 6 7 8,8 lagi!

Sunday, April 3, 2011

Wanita itu....complicated???




Semalam aku tengok cerita Ustaz Amirul kat tonton.camane ntah beleh sangkut kat cerita ni..hehe.aku jadi lagi nak tengok cerita ni bila Amirul tu kawen 2..nak tengok la macam mane dia handle 2 isteri.

Episod yang aku tengok semalam episod 13.aku macam kesian gila kat watak Munirah tu (abaikan bila dia bercakap ada slang omputih..memang x best bila tengok).dia wife first..bagi Amirul kawen dengan Adawiyah sebab Adawiyah sakit and Adawiyah ni dulu kekaseh si Amirul taim sekolah..

Aku kesian sebab ape?

Sebab:
Dia eklas bagi husband dia kawen laen tapi dengan harapan husband dia boleh berlaku adil..tapi bukan la si Amirul ni tak adil yang macam sayang gilaa kat si Adawiyah ni.dia sayang dua2 cuma si Adawiyah ni sakit.so attention lebih sikit la kat dia..

Disebabkan si Adawiyah ni sakit,so kadang2 Munirah ni korbankan gak turn dia "takpe,abang jaga la kak wiyah.ira kat sini ok je"..nak dijadikan cerita lama2 dia jadi cam makan hati,jeles plak bila si Amirul ni asyik habiskan masa kat rumah Adawiyah je even awal2 tadi dia yang kata,"takpe,abang jaga la kak wiyah.ira kat sini ok je".so people will be like 'huh??'.ntah pape la pompuan ni and bapak si Munirah ni pon marah la jugak.."kamu ni,kamu jugak yang cakap tak yah balik.ni sekarang kamu nak bising2 plak"..-hehe..ayat bapak dia bukan camni tapi mesej yang nak disampaikan lebih kurang macam ni la-

So Munirah ni dah nampak macam orang yang selfish,cakap lain buat lain.kire dia ni nampak dah jadi cam jahat la.Aku jadi nak nanges bila tengok part ni la..

Kenapa Munirah jadi camtu and kenapa aku nak nanges?

Sebab:
Aku faham kenapa dia bertindak macam tu.and rasanye kalo aku jadi dia pon mesti aku buat benda yang sama..

Orang tengah sakit,takkan kita nak buat tak faham and cakap "saya tak kire,saya nak abang balik sini jugak.saya nak hak saya!".ha kau..tu baru la kira selfish..haha.tapi si Munirah ni plak cakap,"takpe,abang jaga la kak wiyah.ira kat sini ok je".dengan harapan 3 kali dia cakap macam tu ada la sekali husband dia balik rumah dia jugak.so nampak la kita ni disayangi sama kannn. :)

Paling menyayat hati bila taim pregnant pon husband dia jarang spend masa dengan dia.kalo beranak boleh jadi meroyan.hadhoi~

Orang lelaki ni,dia selalu ambik bulat2 cakap orang perempuan."takpe.abang tak yah balik.jaga je kak wiyah".hah dia memang tak balik terus la.tapi yang sebenarnye ayat orang perempuan tu ialah "abang jaga la kak wiyah tapi balik la jugak kadang2 tengok saya ni ha.dah sangap ni".ok itu bongok.hahaha..u know what i mean?kiranya Munirah ni macam berbelah bahagi.dia faham Adawiyah tu tengah sakit so dia tak boleh la nak buat pentingkan diri tapi dia pon nak jugak kasih sayang suami..

Mak si Adawiyah tu asek la cakap "takkan la si Munirah tu tak faham yang Wiyah ni sakit"..dia faham mak cik tapi sape plak yang faham Munirah???

Itulah wanita.

Aku pon selalu gak jadi wanita..kekeke.merajuk.tapi bila Fazri tanya "merajuk ke?" aku jawab "takkkkk".(jadi cam tu bila aku merajuk benda2 yang susah nak di explain).bila aku jawab 'tak' tu akan ada satu intonasi takkkkkk iaitu seperti aku mengatakan "ye,saya merajuk".lama2 Fazri pon bengong.tapi lama2 dia dah leh detect akan intonasi takkkkk tu and dia tau yang aku merajuk..sekian. ;)

update:Fazri bengong tu bukan bengong ape tapi bengong tak paham.pelik,sebab gaya cam merajuk tapi bila tanya jawab takkkkk..

Thursday, March 17, 2011

Anak buah Merong Mahasuasa.


Hikayat Merong Mahawangsa adalah filem yang aku tunggu2 tayangan dia lepas tengok trailer dia yang agak gempaks and kalau boleh,tak kira la macam mana pon aku akan cuba sedaya upaya untuk takkan miss tengok cerita ni..and semalam dapat jugak aku pegi tengok cerita ni.puas2..haha.

Bagi aku cerita dia best...not in a way ‘BESTTTTT!!!’ *muke excited* tp ‘best la’ *muke ok la*....

Aku pergi tengok cerita ni bukan dengan high expectation sekadar pergi tengok sebab nak tengok hasil tangan anak Malaysia membikin cerita epik and the result was not bad..sesuai la dengan bajet 8 juta tu...memang tak adil kalau nak compare dengan cerita Hollywood yang kos dia beratos ratos juta.tapi dengan adanya filem ni dah menunjukkan Malaysia dah melangkah ke satu fasa baru dalam pembikinan filem even ada beberapa kekurangan and beberapa perkara yang nampak remeh tapi sebenarnye kalau tak diambil berat boleh memberi kecacatan kepada filem.contoh macam askar China ada yang kurus keding.bila dia pakai helmet perang boleh masuk tapak tangan kat kiri kanan pipi dia..haha.cam lawak r taim tengok tu..tapi itu kira normal la untuk percubaan pertama mesti banyak yang kurang.but askar rom sangat hensem dan wow! ;)

Babak lawan2 dia dia boleh tahan gak r..kalau tusuk pedang nampak tembus kat belakang.kalau cerita melayu selalu dorang selit je pedang tu kat tepi ketiak..kahkah.pastu pulak babak Merong bunuh Kemawas tu memang jadi r..masa dia kelar leher tu memang rase cam uhhhh adoi sakitttt...

Tapi dalam banyak2 yang paling paling paling aku suka tentang filem ni ialah dialog bahasa melayu dia..memang cun ah!..tak tau la orang lain.tapi bagi aku ianya menarik maybe sebab aku memang suka bahasa yang berbunga2 kot..kadang2 kat tv tu ada gak buat cerita zaman2 dulu tapi bila dengar dialog dia rase mcm euwww..tanak sambung tengok dah.beza dengan filem ni,bila aku dengar je bahasa yang berbunga2 tu terasa macam di awang awangan. terserlah keindahan bahasa melayu tu..cewah!sampai babak yang Kemawas nak main cinta dengan Puteri China tu pon dia tak payah nk selak2 kain bagai.dengan dialog je dah buat aku meremang kegelian.tapi opkos la bila dia buat bunyi desir2 dia tu sumpah rasa nak lempang..

Malam tu panggung memang penuh la and kebanyakan semua memang budak2 muda..makna diorang semua memang eager nak tengok macam mana anak jati Malaysia buat cerita epik.Paling best babak yang Puteri China dapat rampas tangkal Kemawas,ada la kat satu side dalam panggung tu sekumpulan budak2 lelaki berteriak “Yeaaaa!”..haha.

So tak payah la nak pikir panjang nak gi tengok cerita ni..pergi je tengok sebagai tanda sokongan untuk filem melayu..mana tau kalau pulangan dia lumayan akan ada cerita yang lebih bagus lagi lepas ni..akhir kata syabas untuk Yusry dan KRU Studios! =)