BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 27, 2011

K-A-R-A-K bila dieja terbalik bunyinya….



Masih KARAK lagi…rasa seram tak?muhaha! =P Malam tadi aku gi tengok cerita Karak,late nite movie. Pergh! Cerita dia bagi aku ok-ok je tapi seram dia memang terkesan di jiwa. Balik dari movie dekat2 kul 1. Sepanjang2 jalan tu aku mula pikir bukan2.. Nampak pokok tinggi terbayang hantu bergayut.. Nampak semak terbayang hantu melompat keluar.. Van melintas, lori melintas aku tak berani nak tengok.. Terbayang kalau2 takde driver. Siot gila.

Dah masuk kawasan flat aku lega sikit. Tapi bila nampak je blok aku,cilake! Lampu tangga tak hidup ;( Aku memang tak paham dengan lampu tangga and koridor blok aku tu. Kadang hidup kadang tak. Aku meniti anak2 tangga dengan lajunya. Kalau boleh langkah 3 anak tangga sekaligus memang aku buat. Tapi aku tak buat. Aku naik laju2 je. Sampai tingkat berapa ntah, (time ni memang dah tak kira tingkat. Aku naik sampai dah takde tangga je) hati tengah dup-dap-dup-dap ni tetiba kat hujung koridor kat tangga belah lagi satu ada lelaki dengan perempuan pakai t-shirt putih. Dem! Kenapa kau tak pakai baju biru ke oren ke. Rasa macam nak gugur jantung. Lepas nampak tu memang aku lagi pecut la naik tangga.

Oh,before tu sebelum aku naik tangga aku suh Fazri tunggu kat bawah. Tengok aku sepanjang2 aku naik tangga. Dah habis panjat tangga aku call dia. Cakap jangan balik lagi sampai aku masuk rumah. Fazri bengang dengan ketakutan melampau aku malam tadi. Tapi lantak la. Koridor tu dah la gelap. Raba2 cari lubang kunci tak jumpa. Tengah takut lambat plak baru dapat bukak pintu. Memang jahanam betul.

Dah dapat masuk rumah baru rasa ok. Aku terus tukar2 baju, cuci muka then baring. Mesej2 Fazri sikit pastu decide nak tido pasal kepala otak ni tak leh berenti pikir bukan2. Aku tak tau la kenapa aku jadi takot sangat malam tadi. Padahal bukan tak pernah tengok cerita hantu pun. Tapi maybe sebab dah lewat lepas tu malam jumaat pulak tu tambah2 aku tengah bulan mengambang. So jadi takut tak hengat.

Fazri plak macam bengang ngan aku sebab macam overreacted. Tapi memang sumpah aku takot, takde tipu2. Dia cam belagak cakap citer tu tak takot and tak best. Padahal ada sekali tu dia yang takut terlebih. Tutup muka sambil jerit sampai badan melorot-lorot. LOL.

2 comments:

Anonymous said...

syed:yeekeeee takot!nak tgk lah

sin.ya.ta.ya said...

Ok.make sure zul berani...