BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 29, 2009

konvoi lagi

Macam dah terabai blog ni aku tengok.huhu..by the way,selamat hari raya diucapkan kepada semua kawan2.so,macam biasa lah.bila raya mesti ada konvoi raya.aktiviti tahunan..hehe.

Tahun ni adalah konvoi raya yang ketiga.macam biasa jugak konvoi dimulakan dari rumah HQ,rumah ‘raya’(ekeke~ =p). ahli2 rombongan yang terawal: boss,akmal + mr. luq(haha.tapi awal2 ni belom nampak lagi ‘keserasian’ dorang..),ejat,zarul,amir,che nash,asba dan 2 orang ahli baru join,alan dan aan.kemdian gurls pulak ada aku,ezy,ayu,ckeen and suraya.

Oh,sebelom tu disini aku nak mengingatkan yang target tahun ni adalah doploh buah rumah.pergh!agak was2 jugak dengan impian tu.
Aku sampai2 rumah suraya dia teros tunjuk kad raya yang dijah bagi kat dia.orang laen tak dapat.’raya’ sorang je dapat.haha!

Lepas raya rumah suraya,nak beraya rumah jiran dia la kunun2.alih2 pegi ada orang datang pulak..herm,dah 2 tahun tak beraya rumah ejat.tahun lepas dia mencanang nak join sampai tengah hari.tapi hoh.rumah suraya je dia pegi.huh.

Destinasi seterusnye,taman cempaka.tapi tahun ni aku tutup rumah.pasal mak aku nak balik kampong.so pegi la ke rumah jiran aku,cikgu siti hajar.taim ni memang tak boleh blah.cikgu point student pakai nama bapak je.muke cikgu ingat tapi nama tak ingat tapi anak sape tu dia ingat.impress..impress..ha,kat sini baru nampak ke’sweet’an akmal dan mr. luq bilamana mereka berkongsi kerusi.haha.tapi ingatkan sweet tu mati kat sini je.kite lihat lagi selepas ini.

Next,rumah shedel.kat sini telah berlaku satu pertelingkahan.shedel cakap taim che nash call dia kate nak datang pukul 12.50.tapi che nash kata dia cakap pukul 11.50.yang menjadi mangsa kitorang la sebab shedel tak tau buat air.anak bujang...huhu.tu la del.kalo skali sekala ko masok dapor buatkan air untuk mak ko mesti sejuk tekak mak ko..hehe.last2 shedel mintak tolong aku buat air.ingatkan bila dah dapat minum air teh buleh la bergerak ke rumah lain tapi shedel tak bagi balik.dia suruh tunggu mak dia balik.makan dulu...tunggu la jugak.mak dia masak mee guring.pergh!balik dari rumah shedel tu ber-ning baizura bibir aku.haha!

Pastu teros pegi rumah alan.mee bandung mak dia dah lama menunggu.sedap2..kalo tak kerana perot dah penoh mesti aku tambah lagi.kat sini kami tompang solat zohor.seterosnye rumah dzul.ha,kat sini aku ngan ezy dah mula perasan.akmal ngan mr. luq duk sebelah2 lagi..before balik kami pelawa dzul join sekali.dia pon ok je.

Pastu menuju ke rumah padil plak.kat rumah padil air spesel cket.punch buah + susu.tapi sian lak sebab ckeen tak minum susu..huhu.oh,kat sini akmal dan mr. luq duduk bersebelahan lagi sekali.hehe..

Kemdian pegi beraya ke rumah inaz malahi..kat sini alan mencelah kat tengah2 akmal dan mr. luq tapi ada gak bibit2 cumel antara diorang yang sempat aku rakam.haha..lepas makan mihun guring,bergerak menuju ke rumah aan.akmal dan mr. luq duduk bersebelahan lagi.korang kira la sendiri berapa banyak dorang ber dua2 an.haha lagi...kat rumah aan makan mihun sup.menu hari ni mee ja..huhu.lepas tu gi umah ina.kat sini akmal dan mr. luq bermesraan lagi.ha,dah berapa dah?nyek2~ =p start dari sini ina join konvoi.

Then gi rumah dina plak.walopon dah tau kami nak datang tapi dia macam terkejot gak sebab ramai yang menyerbu datang beraya.hehe..kata konvoi...start dari sini dina pon join jugak.

Lepas tu pegi rumah hanim.ejat dah tak sabar nak jumpa cikgu razak..kebetulan hanim buat open house hari tu.before tu nak datang dah rumah dia tapi taim tu ramai sangat.hanim suruh datang balik.taim dah takde orang sangat.pulang dari rumah hanim dah magreb.so singgah semayang kat mesjid banting.habis semayang,kat tempat parking kereta aku nampak aksi akmal dan mr. luq..akmal tolong mr. luq pakai sampin.haha!aku bukan saje nak buat gusip tapi just pelik la taim konvoi ni diorang baek sangat.macam tak buleh berpisah..huhu~

Lepas semayang teros pegi rumah ostazah umi.makan nasi guring...lepas tu jaoh perjalanan ke sungai boye.beraya rumah peha..kat sini yang paling meriah kot.sebab telah terlahir dialog paling hot malam tu,"sabar je la"."terukk ke??"..ekeke~

Oh,ezy tak bape sehat taim kat rumah peha.so lepas raya rumah peha dia pulang.menanti kami datang beraya kat rumah dia.kami plak menuju ke morib sebab kalau tak datang kang ada orang nanges..huhu~

Kat morib ni macam terungkai pelbagai perkara.ntah la..tak tau nak cakap pasal sahabat yang seorang ni.doakan yang terbaik je la untuk dia.lepas tu balim semula ke kanchong.pegi rumah ckeen.oh,before tu dzul dah tak join dari mana ntah.aku pon tak ingat.kat rumah ckeen makan cupcake(mr. luq sebut cu-pe-ca-ké)..banyak sangat ckeen buat.cumel2 pulak tu.

Last sekali rumah penutup,rumah ezy.kat sini macam biasa la.buat conclusion...macam2 la yang dikonklusikan...tahun ni tak dapat capai target doploh rumah.rekod tahun lepas pon tak dapat capai.tapi stil best jugak.seronot sangat!

Tahun depan tak tau la dapat buat konvoi meriah macam ni lagi ke tak.tahun depan ntah2 ramai yang dah kawen.budak2 buat cadangan kite kompol satu tempat ja.macam bagos jugak macam tu.kita tunggu je la tahun depan~