BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 26, 2011

Maal Hijrah - Bersatu & Bangkit

Tiba-tiba rasa nak menulis setelah sekian lama blog ditinggalkan terbiar..hehe. Hari ni kita semua umat Islam menyambut Awal Muharam. Selamat tahun baru lah kiranya. Tutup buku lama buka buku baru. Kita tambah amal, tambah ilmu, tambah pendapatan err tambah ape lagi..ha yang dah kahwin tambah umat..kekeke.

Baru-baru ni skuad Harimau Muda kita baru je mempertahankan emas Sukan SEA setelah melalui pelbagai halangan, onak, ranjau dan liku serta rintangan –menunjukkan betapa banyak yang terpaksa dihadapi- sepanjang temasya berlangsung. Jangan kata skuad bola je la, atlit-atlit lain pun sama jugak termasuk la wartawan-wartawan pun terkena tempias. Menunjukkan betapa tak profesionalnya Indonesia ni. Sepatutnya sukan ni boleh dijadikan medium untuk menyatukan ukhuwah tapi diorang ni lain pesen plak. Lagi di ajak bermusuh.



Aku sepanjang-panjang kempen Sukan SEA ni memang aku persampahkan aje ideology ‘serumpun’. Sampai ada kawan aku jadi benci kat syampu rambut dia sebab ada perkataan ‘anti-ketombe’. Ni semua gara-gara buruknya layanan orang-orang Indonesia pada Malaysia. Aku jadi BENCI GILA kat Indonesia.

Tapi bila pikir-pikir balik, macam takde guna plak aku buat macam tu. Lagi mengeruhkan keadaan je. Patutnya kita jangan jadi tak bertamadun macam diorang plus bukan semua pun orang Indonesia yang macam tu. Dalam beratus-ratus juta rakyat diorang, 100,000 yang buat onar takkan nak label semua pun sama? Lagi pulak ada je rakyat Malaysia yang tak hormat lagu kebangsaan negara lain. Lagi teruk rakyat Malaysia sendiri ada jugak yang tak hormat lagu Negaraku. Tau la kan kes sape..huhu.

Jadi aku dah neutralkan balik rasa benci tu. Fazri pun sekarang tengah ada kat Bogor, Indonesia. Rilek je aku berkomen-komen facebook ngan kawan Indon dia. Patut berterima kasih la jugak kat diorang kan pasal duk jaga Fazri dan kawan-kawan sepanjang ada kat sana. Bawak gi makan, jalan-jalan. Ini lah yang baru dinamakan persaudaraan.

Diharapnya rakyat Indonesia pikir balik la apa yang diorang dah buat tu. Bak kata sorang blogger Indonesia, diorang kalah sebab hati diorang dipenuhi benci dan dendam ditambah pulak diorang tak memberi layanan yang sepatutnya kepada tetamu.

Walaubagaimanapun, -cewah- segala onak ranjau ni la yang telah mematangkan skuad Harimau Muda kita yang mana mereka akhirnya ‘Bersatu & Bangkit’ melawan 100,011 rakyat Indonesia dan berjaya mengucup ‘ibu’ pingat emas. Mereka lebih ampuh sekarang ini. So aku rasa slogan Sukan SEA kali ni, ‘Bersatu & Bangkit’ lebih berjaya disemat dan dipasakkan dalam pasukan Malaysia berbanding tujuan asalnya untuk semua pasukan-pasukan supaya bersatu dan bangkit.

Oleh itu, sempena Maal Hijrah 1433 ni marilah kita semua bersatu dan bangkit membina negara Malaysia yang lebih maju, aman dan harmoni. Aku juga harus bangkit supaya tidak putus asa mencari kerja. Dimana nanti akhirnya aku akan bersatu dan bangkit bersama-sama rakan sekerja memajukan company yang aku kerja tu. Haa gitu... Salam Maal hijrah. :)