BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 18, 2009

Angkara 'seguni' botol.

Amaran: entry dibawah sangat panjang.anggaran masa bacaan adalah 3 menit lebih.sila cari masa senggang untuk membaca entry ini.

Pertengahan sem lepas,aku ada satu pengalaman membengangkan dengan pak guard UiTM.sedang aku dan kawan2 terkejar-kejar nak ke kelas sebab dah lambat,tiba2 ada pak guard kat seberang jalan memangggil,

“yang pakai tudung hitam(taim tu aku pakai tudung hitam),meh sini”.

Tapi disebabkan aku teragak agak nak melintas,so dia yang melintas pegi kat aku.kemdian dia bertanya,

“mane kad matrik?”.

“ada”.

“bak sini tengok”.

Hoh.taim tu aku pikir ape ke demamnye pak guard ni.aku memang tak bawak kad matrik taim tu.terlupe nak pakai sebab dah lambat.yang ada dalam dompet kad matrik lama.tapi disebabkan dah lancang mulut ni jawab ada,aku bawak keluar la jugak kad matrik tu.

Bila aku dah bawak keluar kad matrik,soalan lain pulak aku dapat,

“kenapa tak gantung?”.

Dah sudah.edisi siasat ke hape ni..aku ingat bila dah kasi tengok kad matrik dah kire setel la.lepas tu pak guard tu cakap,

“kitorang hari ni buat operasi besar besaran.disebabkan awak tak gantung kad matrik saye terpakse saman”.

“ark???”.

Kemdian dia belek kad matrik aku.skali tengok nombor matrik 2005.

“ni ada lagi ke tak ni?”.

“ada”.sambil buat muke bengkek.kawan aku kat belakang pon tolong bekap jawap ada.

Sambil dia mengisi surat saman tu dia membebel bebel kat aku..adoiii!!!aku dah la bengang kena saman,boleh pulak dia nak membebel cakap aku tak bangga la hape la.dia cakap even orang cakap dia keje jaga pon dia bangga nak gantung kad dia.

Aku bukan lah tak bangga tak mao gantung kad aku,tapi hari tu memang hari malang aku.dah la terlambat nak gi kelas sampai terlupa nak gantung kad matrik,dah tu terjumpa pulak pak guard dan kena saman!

Dah habis isi surat saman,dia tak habis lagi membebel.aku pon teros amek surat saman,cakap terima kaseh dan blah.

Memang macam kurang hajar.tapi aku bengang.taim aku slalu gantung kad tu takde la pulak nak buat operasi.dah la tu,dapat ceramah free.panas je telinga..surat saman tu,aku tahap komot2 masok dalam poket.sampai kelas tak leh concentrate ape pon.hati panas lagi.haish,jadi kawan setan gamak nye…huhu~

Baki sem tu,aku macam anti je ngan pak guard UiTM.

Malam tadi,stok air minum kat bilik dah habis.so decide ngan ummi nak gi beli air kat mesin RO water kat kompleks sukan.hah,mengangkut la botol air mineral gi kompleks sukan.kiri kanan penuh botol.dengan botol 5 liter lagi.huhu..

Sampai2 kat kompleks sukan,kuarkan duet syiling yang tahap segenggam.tiba2,

“eh,mane tempat nak masok duet syiling?”.

Bace instruction pon takde cakap suh masok duet.baru la tau air tu free..haha!cam perak siket taim tu..hehe.

Dah letak botol,tekan la butang start.tapi takde air keluar.tekan banyak2 kali pon takde air keluar.cek plug kat belakang,on.keciwa betol aku ngan ummi taim tu.

So kitorang amek keputusan nak gi koop and beli air mineral.tapi duet syiling yang kami ada cuma cukup untuk beli sebotol air mineral 1.5 liter je.huhu~

“mi,kite kena catu air minum kite malam ni.sorang boleh minum 500ml je”.

Ummi buat muke sedih sebab dia adalah seorang peminum air yang kuat.

Ummi tunggu kat luar koop sambil pegang semua botol kosong,aku pulak pegi beli air.on the way balik kolej tu aku berburak dengan ummi(ummi maseh pegang semua botol kosong),

“harap2 pak guard bagi pinjam kereta nak pegi beli air.haha”.

“tapi before pinjam kena tanya pak guard,keta pak guard ni auto ke manual?saye tanya je bukan nak pinjam pegi beli air”.

“kahkahkah!”.dua2 gelak sakan.

Sesampai kat depan pondok pak guard,pak guard tegor

“mesin rosak ke?”.

“ha’ah”.

“plug tak on kot”.

“dah cek dah”.

“kat stadium ada lagi satu mesin”.

“huh?takpe lah cik.kang dah sampai stadium,skali takde air jugak menanges saye”.

“ha,takpe.jum pak cik antakan”.

“eh takpelah cik.nyusahkan je”.

“takpe.jum!”.

Aku ngan ummi saling pandang memandang.pastu senyum2. =)

Dalam kereta tu,

“kalao sebotol dua takpe lah.ni pak cik tengok seguni hah botol kamu.kesian pulak.pak cik pon selalu amek air kat stadium tu”.

“saye tak tau pulak kat stadium pon ada mesin.ingatkan kat kompleks sukan je”.

“eh ada.untuk orang2 yang bersukan minum.tapi orang yang tak bersukan pon boleh jugak”.

Ceit,macam perli pulak bunyi nyer…

On the way tu,lalu kat padang kawad ada la orang yang tengah berdrift.tak tau la ape dorang pikir bila nampak kitorang naik kereta pak guard.ditangkap mungkin.hihi.

Dah sampai stadium,pak guard tu siap teman gi mesin air lagi.bukan tu je siap tolong tekankan butang start-end..hehe.

Dah siap amek air,kami pon pulang.

“pak cik selalu jogging sini.ada la dalam 30 round”.

“owh.haa?!brape pakcik??”.

“30”.

“banyaknye.saye 3 pon dah semput”.

“paling malas pon 25 pak cik buat”.

“fuhyo.takpelah pak cik.saye kalao buat 30 dah tak tinggal ape dah”.

“ha la.habis sem nanti awak tinggal rangka je”.

Itu pon kalao ada rangka lagi yang nak tinggal pak cik.kehkeh..

Sampai je kat kolej kami pon ucap terima kaseh.tapi sayang lupe pulak nak tengok nama pak cik tu.malam tu aku dengan ummi senyum melebar.terase macam disayangi.ngeh2.

Nilai estetika: Dalam setandan pisang…-sila sambung peribahasa ini-

Sunday, June 14, 2009

TAK PERCAYA *****

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekaseh hatiku
Pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus selalu kuat
Harus selalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting
Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis


Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah selalu air mata itu
Adalah tanda kelemahan
Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga


Ayahku tersayang
Maafkan lah aku
Jika aku masih menangis
Masih belum bisa menjadi seperti
Apa yang ayah selalu mau
Kita berjanji tuk tidak lagi
Menangis kerna cinta…


Penat!!! T_T

Saturday, June 6, 2009

Selamat bergraduasi!!!

Alhamdulillah,dah selamat bergraduasi.dah tamat satu perjalanan.sekarang sedang menempuh perjalanan yang lain pulak.


Petang tu telat sikit sampai kat tempat konvo.agak terkocoh kacah gak r.fuh,panas tak payah cerita la.


Nama aku start urup ‘A’.mase beratur ikot kelas aku orang nombor 3.so taim amek skrol pon aku orang nombor 3 jugak.tu yang bercuak tu.hehe.

Bila suruh masuk dalam dewan and amek tempat,maseng2 terkamjat.kitorang sume duduk barisan paling depaaan sekali.hoh la.terpaksa la berskema rama kat depan tu.urusetia siap pesan,“yang duduk depan ni jangan bukak mortar”.adoi…terpaksa bertatasusila la kami kat depan tu.


Ha,jangan silap paham.gambar2 di atas tu sume disnap taim VIP belom datang.

Tapi bagos jugak duk depan tu.bulih tengok dengan jelas orang2 yang naek pentas.so bulih la nak bajet2 nak berenti kat mane,senyum macam mane untuk menghasilkan gambar yang ok.dan hasilnye,

Taim dah sampai turn tu,nerbes dia phew!tak leh nak cakap la.mase tengah beratur tu rase macam tak leh nak berdiri pon ada.maseng2 muke cuak.taim dah turun pun same.pikiran maseh weng2.sampai orang yang pas resit untuk gambar cakap ape pon tak dengar.terpaksa patah balik and suh ulang.kelakar plak bila pikir balik..hihi.

Tapi yang paling kelakar mase orang yang terakhir untuk istiadat hari tu dapat skrol.disebabkan budak2 FSG terlalu ramai,dekat seribu lebih semua orang ternanti nanti bila nak habis.bila dah sampai course terakhir,satu satu naek pentas amek skrol.tiba2 dengan kuat pembaca nama cakap,”daaann”(menandakan itu adalah orang terakhir dalam course tu sekaligus orang terakhir untuk hari tu),semua orang tepuk tangan sambil bersurak gembira.sampai pro canselor pon gelak.dia dah duduk pon bulih sengih2 lagi.yela,pro canselor pon berpenat.dekat 4 jam duk bagi skrol je.

Tapi hari tu memang bez.tapi penat jugak.balik bilik terjelepok.ohh,ada jugak perkara tak bez.camera aku rusak.adoi,bengang giler.terpakse tompang masok camera sesape.terpakse la kutip gambar kat semua orang..ni sebahagian dari gambar2 yang aku dapat.



Adek2 aku tak boley blah.bersolek before amek gambar family.




Terima kaseh semua!!! =)

Monday, June 1, 2009

Dugaan

Dah lama tak update blog..huhu.

Semalam,ada raptai konvo and amek jubah juge.bez r.rase excited cket nak berkonvo bila dah dapat jubah.hoho.
























Hari kames ritu terjatoh on the way nak gi kelas.adoi..bermalu doh.naseb tak ramai yang nampak.suar koyak..wuwuu.cedih T_T sebab takde duet nak beli suar baru.

Hari jumaat saket badan,kesan daripada terjatoh.

Hari sabtu,demam pulak.adoyai.selasa dah nak konvo ni.jangan la berdemam lelama.cepat2 makan panadol.ahad pagi dah ok.

Tengah hari pas zohor tu bergerak nak pegi amek jubah.ceit betol kawan aku yang keje SKP konvo cakap kul 2-3 tak ramai orang.faham tak sangat lautan manusia.hoh.

Lepas amek jubah teros gi DSB.ada raptai.skemarudin cket gi tengok raptai.huhu~

Habis dengar taklimat pasal flow konvo,cara2 nak pakai jubah ape la tu sume aku dengan kawang2 pegi tangkap gambar.

Haha.bergambar sakan r kitorang petang tu.taim tu baru la rase susah jadi model.sebelum ni rase keje model macam senang.mekap2,sarung baju,pose..kitorang sampai mati akal tatau nak pose macam mane dah.

Petang tu,tamat je sesi fotografi ‘pre-convocation’ semua orang pon penat,rase macam nak semput pon ade.huhu.

Herm,macam nerbes pon ada ni.takot.ntah pape je jadi taim aku naek pentas.

Taim raptai orang yang bagi taklimat cakap,gurl selalu sangat mortar board jatoh.ada tu bukan dapat skrol,tapi dapat mortar board sebab mortar board dia jatoh atas skrol taim pro-canselor tengah hulur skrol.hoh la.berisau je terjadi perkara memalukan.tapi harap2 semua smooth saje.hihi.

Kat bawah ni aku tempel beberapa gambar ‘pre-convocation’ kitorang.

































































































































































































Glosari
SKP = Skim Khidmad Pelajar
DSB = Dewan Sri Budiman