BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 27, 2011

Review KARAK



Malam tadi habis2 movie je Fazri tanya, "macam mane cerita tadi?". tapi disebabkan takut dan nak balik kena meredah malam kepala otak aku tak boleh nak digest.aku cakap kat dia, "besok la saya jawab soalan tu.tak boleh pikir la".hahaha..melampau.Kalau korang nak tau sinopsis korang google je la.aku malas nk tulis..kehkeh.

Tak reti aku nak rate cerita ni tapi overall,ok la.Emm aku bagi 3/5. Eh,cam banyak sangat. 2.8 je la.. 1.5 dah hilang sebab Kilaparipari. Dia berlakon memang out! Terlampau berusaha nak berlakon gedik. 0.5 lagi hilang sebab ada scene berkemban. Ingatkan cerita Yusry ni takde la babak2 murahan ni..hoh. 0.2 lagi hilang ada la kat benda2 kecik2 lain.

Scene2 seram dia cukup rempah gak r nak menakutkan aku yang tak berapa berani sangat ni..Tengok je la entry kat bawah nun betapa takutnya aku..hehe.

Babak watak Kilafairy tengah mandi nyanyi lagu "hujan oh hujan kenapa engkau turun"...sat g hantu tu turun sambil nyanyi "macam mana aku tak turun engkau panggil aku"..vavi tak vavi.memang mencarut aku dalam wayang tu.

Muka hantu dia pun tak lawak. Ada setengah cerita hantu Malaysia muka hantu dia lawak. Tapi cerita ni muka hantu dia aku memang tak berani tengok lama2. Ada satu scene hantu tu keluar aku terus tarik shawl. Kebetulan pulak butir bicara hantu tu tak berapa clear tapi ada subtitle so boleh baca tapi disebabkan aku dah tutup muka aku tak tau dia cakap ape..haha.

Tapi biasa la produk KRU kan,teknologi diorang memang up daripada pengarah2 filem Malaysia lain. Ada babak Shera Aiyob kena rasuk, dia tarik kaki Shahir ngan mamat nama Jack tu sambil terbang2. Scene tu cantik. Alah,tak reti nok royak camane tapi nampak berteknologi la babak tu.

Lepas tu kan, kalo korang tengok nanti cuba korang telek si Shahir tu. Seperasan aku la kan, dia tak berapa nak berskin-ship sangat dengan si Shera Aiyob. Dalam cerita ni dorang belakon as couple. Kat babak2 akhir selepas berakhir segala serangan2 hantu tu si Shera peluk Shahir tapi Shahir tak balas balik pelukan tu. Tapi memang perasan la yang shahir ni macam menjaga tatasusila la kunun.

Oh by the way,aku bagi extra mark kat Yusry pasal dalam babak yang pakai ramai extra, (bila dah siang polis bomba suma jumpa kereta diorang yang jatuh gaung,ramai la kunun2 orang awam yang datang tengok)extra tu suma belakon betul2. Masa Shera tu nangis2 ada orang yang pandang2 sambil cakap2. Lepas tu bila Shera jerit sumeorang pandang. Memang real. Pasal orang2 memang akan buat macam tu. Selalu pengarah kurang amek berat hal2 remeh macam ni. Yang dia buat janji extra ramai.Tapi dia tak direct betul2 apa yang diorang perlu buat and extra2 ni la yang kadang2 tak sikit banyak boleh mencacatkan cerita.

Tapi aku tak paham kenapa pembaca berita tu cakap seorang lagi pelajar masih belum dijumpai.. Sape2 yang dah tengok nanti and paham sila la explain kat aku..hehe.

P/S:tak kan lalu KARAK....haha!

K-A-R-A-K bila dieja terbalik bunyinya….



Masih KARAK lagi…rasa seram tak?muhaha! =P Malam tadi aku gi tengok cerita Karak,late nite movie. Pergh! Cerita dia bagi aku ok-ok je tapi seram dia memang terkesan di jiwa. Balik dari movie dekat2 kul 1. Sepanjang2 jalan tu aku mula pikir bukan2.. Nampak pokok tinggi terbayang hantu bergayut.. Nampak semak terbayang hantu melompat keluar.. Van melintas, lori melintas aku tak berani nak tengok.. Terbayang kalau2 takde driver. Siot gila.

Dah masuk kawasan flat aku lega sikit. Tapi bila nampak je blok aku,cilake! Lampu tangga tak hidup ;( Aku memang tak paham dengan lampu tangga and koridor blok aku tu. Kadang hidup kadang tak. Aku meniti anak2 tangga dengan lajunya. Kalau boleh langkah 3 anak tangga sekaligus memang aku buat. Tapi aku tak buat. Aku naik laju2 je. Sampai tingkat berapa ntah, (time ni memang dah tak kira tingkat. Aku naik sampai dah takde tangga je) hati tengah dup-dap-dup-dap ni tetiba kat hujung koridor kat tangga belah lagi satu ada lelaki dengan perempuan pakai t-shirt putih. Dem! Kenapa kau tak pakai baju biru ke oren ke. Rasa macam nak gugur jantung. Lepas nampak tu memang aku lagi pecut la naik tangga.

Oh,before tu sebelum aku naik tangga aku suh Fazri tunggu kat bawah. Tengok aku sepanjang2 aku naik tangga. Dah habis panjat tangga aku call dia. Cakap jangan balik lagi sampai aku masuk rumah. Fazri bengang dengan ketakutan melampau aku malam tadi. Tapi lantak la. Koridor tu dah la gelap. Raba2 cari lubang kunci tak jumpa. Tengah takut lambat plak baru dapat bukak pintu. Memang jahanam betul.

Dah dapat masuk rumah baru rasa ok. Aku terus tukar2 baju, cuci muka then baring. Mesej2 Fazri sikit pastu decide nak tido pasal kepala otak ni tak leh berenti pikir bukan2. Aku tak tau la kenapa aku jadi takot sangat malam tadi. Padahal bukan tak pernah tengok cerita hantu pun. Tapi maybe sebab dah lewat lepas tu malam jumaat pulak tu tambah2 aku tengah bulan mengambang. So jadi takut tak hengat.

Fazri plak macam bengang ngan aku sebab macam overreacted. Tapi memang sumpah aku takot, takde tipu2. Dia cam belagak cakap citer tu tak takot and tak best. Padahal ada sekali tu dia yang takut terlebih. Tutup muka sambil jerit sampai badan melorot-lorot. LOL.