BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 22, 2009

Berlega~

semalam berkonvoi 4 kereta menuju ke kota damansara menziarah lecturer yang baru lepas buat spine operation.hurm,b4 tu memaseng bercuak sebab beberapa minggu b4 tu telah terjadi satu kesilap fahaman yang telah menyebabkan beliyo mengamok kat budak kelas kami..

kesilapan yang tidak disenghajekan,yang melibatkan segelintir orang je tapi 1 kelas kena marah.ada yang terpinge2 tak tahu ujung pangkal.maka terbanglah surat layang kepada pencetus masalah.

lecturer aku ni penah ada history sebagai orang yang sangat garang.senior2 aku taim diploma dulu sume takot kat beliyo.tapi sekarang dia dah kurang garang siket..

bila tau dia nak buat operation,macam berlega siket sebab macam lama lagi baru jumpa dia semula.sebab last taim jumpa kitorang tu dia memang sangat marah,mengajar tahap yang klik saje slide.dah la go thru slide tu cepat giler ditambah lagi dengan ketakutan memang tak masok ape la dalam kepala.beliyo juge takmo kasi notes,pandai2 sendiri nak cari..huhu~

hari jumaat,taim tengah run mini projek,bergosip dengan rakan sekelas bila mau melawat Dr..kebetulan ada senior kat dalam lab tu.dia cakap,

"pegi je la".

then ada klasmet jawab,

"tapi takot la nak call dia".

"asal takot lak?"

sume orang senyap.

"korang ni part berape?"

kemdian kami ramai2 menjawap,

"part 3".

senior pi reply,

"Oo,paham".

ek??kitorang pon terpinga2 la ape yang dia paham..hurm,ingatkan kes ni hanye diketahui budak part aku dan lecturer tempat kami mengadu masalah je.rupenye dah tersebar kepada senior dan kepada ketua program juge.paling mengejutkan,member aku yang tak belajar kat fakulti tu pun tahu..adoyai~ tak pasal2 part aku ni jadi pemes.


semalam sampai rumah lecturer maseng2 berpass baton suh bagi salam.haha!bila lecturer dah ajak masok sume jadi macam biasa walopon kadang2 ada yang memandang sesama sendiri supaya mencari topik untuk berbual.tapi paling lega bila lecturer dah tak marah.beliyo act macam biasa je dan bercerita experience operation dia.paling melegakan,bila kitorang mintak diri nak balik tu doktor cakap nanti sape2 tolong mesej ingatkan dia print notes untuk kami...
maseng2 taim tu macam tak pecaya... =D

Insyaallah kalo takde masalah 3hb ni beliyo akan stat ngajar balik.hopefully sume akan kembali seperti sedia kala macam taim kelas yang 1st dulu.

Thursday, February 12, 2009

Memimpin itu menderita

Bukan mudah menjadi pemimpin.satu kesilapan besar sekiranya ada orang menganggap kepimpinan sebagai suatu kedudukan yang "sedap".begitu juga jika menganggap kepimpinan sebagai sesuatu yang mudah sehingga "siapa sahaja boleh menjadi pemimpin".

Terdapat syair Arab yaang bermaksud,"orang yang berakal menderita di tengah2 nikmat,tetapi orang jahil merasa nikmat di tengah2 kecelakaan".

Kepimpinan adalah suatu amanah.rakyat harus bijaksana dalam memilih pemimpin.sebagai suatu amanah ia hanya boleh diserahkan kepada ahlinya,iaitu orang yang layak memikulnya (surah An-Nisa:58)

Kepimpinan tidak boleh dijadikan hadiah kerana mengenang budi.dalam islam pemimpin yang berbudi tidak meminta balasan daripada rakyat.apa yang dilakukannya harus tulus kerana Allah (surah Al-Insan:9)

Kepimpinan juga tidak boleh diberikan kerana kasihan.membebani seseorang dengan tanggungjawab yang di luar kemampuan bukanlah cara yang betul untuk mengasihaninya.

Petikan dari sebuah buku bertajok 'Pembangunan Ummah:Ke Arah Wawasan 2020'

>Kepada semua rakyat dan pemimpin,mari kita renung2kan~

hatiku besar

haha..jangan salah sangka.aku tak berkecil hati pon dengan komen alan apatah lagi merajok.terima kaseh pada alan atas komen jujor beliyo..huhu~

aku bukan lah dah berenti berblogging seperti yang disangka,cume berbizi lalu tak sempat nak ber-cc.ni pon kebetulan tengah cari material tuk assignment.

hoh,busan jugak bila tak dapat nak berblog nih.aku tak dapat nak meluahkan ape yang terbuku di hati.terperok rase merana diri...ekeke~

ila al-liqa'~ ;)