BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 22, 2009

Budak-budak suke main~

Bagi aku,zaman yang paling best ialah zaman sekolah rendah.zaman tadika best jugak tapi tak banyak memori yang aku ingat.yang aku ingat dulu taim kat tadika aku selalu nanges..haha.buat malu jak.hihi~

Paling best sekolah rendah tapi tu before darjah 5 dengan 6.sebab taim tu macam dah ber sirius black nak berUPSR.tapi result cam hampeh gak.penulisan paling bongok.hoh.

Nama pon kanak2,mesti la banyak main kan.dulu,pemes game pemadam.jentik2 pemadam,pemadam sape yang dapat naik atas pemadam lawan dia menang.dalam kelas asal boring je, “jom,lawan pemadam!”.aku ada risik2 kat adik aku yang kecik,wujud lagi permainan ni rupenye.ingat lagi kot taim dia darjah dua tak silap,mak aku check beg dia.ada segenggam pemadam.mengamuk betol mak aku.hampir2 nak suruh dia makan pemadam.haha!

Kalau waktu rehat pulak,pemes main tiang.sorang duk kat tengah,yang lain peluk tiang.pastu pindah2 tiang tanpa bagi beluang yang kat tengah peluk tiang.taim kecik dulu ingatkan game ni ada kat banting je.skali bila burak2 dengan kawan U aku,rupenye kat tempat diorang pon main jugak game ni..

Selain main tiang,kadang2 ada main jugak permainan ‘pukul berapa datok harimau’,’A,E,I,O,U,stop!,ngan ’polis and thief’.

Pahtu ada jugak permainan gasing.aku tak main la.adik2 laki aku ngan kazen2 aku yang gila main.aku macam sucks cket bab2 baling gasing nih.hehe..dalam poket diorang sentiasa ada gasing.pastu gi mana2 nampak la sekumpulan budak2 berkompol tengah main.

Then,guli.yang ni paling best.budak2 akan ke hulu ke hilir mengangkut seplastik guli.kat rumah aku kat taman kemuning dulu cam tak best sangat.seronok bila pegi kat rumah mak cik aku yang dekat ngan kedai Syawal Fitri.kat situ suasana dia meriah.dulu2 kalau lepak rumah mak cik aku,kitorang main dalam rumah je.main atas karpet.karpet tu ada corak.kat tengah dia ada macam ada corak bulatan.ha,bulatan tu la yang jadi bulatan guli.walopon aku takde la guli sampai seplastik,sekadar join bermain sekejap je tapi maseh best..hehe.

Ada jugak satu taim tu panas giler permainan yoyo.aku tak ingat ape nama mamat omputih yang terer main tu.adik aku la yang terpengaruh.macam2 jenis yoyo dia beli.macam2 jenis stail gak dia belajar.tapi tak la hebat mane pon..

Bagi aku,game2 ni sume buleh la dikira sebagai ‘permainan tradisional’ zaman aku.disebabkan dari kecik sampai besar aku duk taman perumahan,tidak la berpeluang nak main permainan macam tarik upih,konda kondi dan sebagainye.

Monday, December 14, 2009

Peluang kedua~

Selepas 4 hari baru aku dapat check result.result keluar 10hb,14hb baru aku dapat check.ini semua gara2 tenet kat rumah yang tak oke.tu pun naseb baek aku gi shah alam,nak bagi kunci rumah kat suliana.kalau tak tak tau la bila baru buleh check.

Hurm,berita sedih.aku sangkut satu paper..memang dah agak pun.sebab taim exam,aku tak buleh jawap dengan bagus.

Sebenarnye dah memang tak sedap hati a day before hari exam tu sebab ape benda aku bace sume tak masok.susah giler nak concentrate.baca dua ratus kali pun tak boleh masok.bila aku baca A,then dah ingat,aku teroskan baca B dan C.tapi lepas tu bila revise balik A,langsung tak hingat.tension gak taim tu.rase macam ada sumthing yang buruk akan berlaku pada hari exam dan terbukti bila lepas exam,aku nanges..huhu~

Bila pikir2 balik,terasa macam badi plak.sekarang ni aku carry 2 paper.first sem hari tu dah sangkut 1 paper.hoh.taim jawap paper ni aku memang completely blank.sedih giler.habis exam aku cakap,memang confident yes la aku akan repeat paper ni.yang aku rasa badi tu ialah kedua-dua paper ni adalah paper last taim exam untuk kedua-dua sem.bak kate ummi,”u ni kena badi paper last ke?”.hurm,tak tau la..heh.

Bila dipandang dari sudut positip,maknanye aku diberi peluang kedua untuk mendapatkan gred yang lebih baik.bukan semua orang dapat peluang ni.kirenye repeat ni akan bagi aku advantage dihujung pengajian aku nanti.sebab bila aku dapat gred yang lebih bagos,nanti bila dah habis belajar.pointer aku akan dikire balik dan selalunye insyallah,pointer akan naik.tak banyak pun mesti naik sikit jugak.

Naseb Fazri tak cakap pape pasal failed tu.dia just cakap study rajin2 lagi.sebenarnye aku agak frust jugak.aku rase sem ni usaha aku dah lebih dari sem lepas.tapi hasilnye maseh mengecewakan.mungkin sebenarnye belom cukup lagi.well,maybe aku kena double kan usaha aku or maybe triple.huhu~

Cuma sekarang ni yang agak memeningkan,aku kena rombak study plan aku.kawan2,sile doakan saye berjaya menempuh saki baki semester pembelajaran saye~

Btw,tahniah buat skuad bola sepak Malaysia.walaupun aku dah macam agak keciwa taim 2nd half,mujur maseh dapat sumbat 2 gol lagi.nantikan perlawanan akhir menentang vietnam..

p/s: ada sape2 tau tak kenapa takde siaran langsung perlawanan2 Sukan Sea ni?

Thursday, December 10, 2009

Bebas~

Bila berkapel,aku paling benci lelaki yang:

1) bila bermesejan,lambat je reply mesej berdering-dering talipon.sebok bertanye nape lambat reply.ntah orang tu saket perot nak terberak ke hape ke..bawak2 la bersabar..
2) control life orang tak tentu pasal-jangan kawan dengan orang tu,tak boleh kawan dengan orang ni.tak boleh kerja.cuti sem duduk rumah je..

Antara dua jenis lelaki ni aku paling tak berkenan yang nombor dua la.benda ni aku perhati ada terjadi di kalangan kawan2 aku.

Ada tu boipren dia tak bagi buat keje sambilan taim cuti sem.takot nanti bekenalan dengan mane2 lelaki.alahai,kalau takde kepercayaan baik tak yah kapel..Dah tu terpaksa la orang tu menipu.tak bagitau pon dia keje.relationship,kalau dicemari dengan penipuan pon tak best jugak.in the future,bila terbongkar,bergadoh..adoi~

Bagi aku,taim belajar ni la kita nak merase sume.nak try sume benda.cari pengalaman..kalo dah kawen bisuk,husband suh duk rumah,urus rumahtangga tu terpulang la.

Yang paling aku pantang,nak keluar dengan kawan2 pon tak boleh!eii,ape ni??kalo kat U ni,kawan2 je la yang ada kat sekeliling.kalau ko sekat sosial life dia,baik ko tak yah bagi dia belajar teros..come on..rasional la sket.

Baru2 ni kawan aku telah difitnah oleh lelaki yang kononnye ‘sayang’kan dia.budak lelaki ni,abu(bukan nama sebenar) suke kawan aku.tapi kawan aku,jinab(juga bukan nama sebenar) cakap,”kite kawan je dulu,kalau ada jodoh insyaallah tak ke mane”.

Dalam masa dorang berkawan,jinab dapat rasekan yang dorang takde chemistry untuk menjadi pasangan.tahap paling dewa kawan aku boleh pegi ialah best fren.abu yang konon2 mulanye menerima untuk berkawan dulu dan menunggu jodoh itu sampai,tiba2 jadi tak boleh terima.dia kata kawan aku tak usaha langsung untuk ke arah jodoh itu.

Bukannye jinab menolak bulat2 akan diri dia tu,jinab penah cube bukak pintu hati dia tapi tu la,paling dewa pon buleh jadi best fren je.

Dah,lepas tu dia duk sekat2 plak dengan sape jinab berkawan.bila jinab baik ngan lelaki lain yang padahal berkawan je,dia jadikan lelaki tu musuh.naseb dak laki tu rilek je,malas nak layan.kalau lelaki lain mau boleh gadoh.

Tindakan paling extreme si abu buat ialah dia telah menge-hack fb jinab dan menabur fitnah.sial giler!mamat ni dia tak faham frasa,

“mencintai tak semestinye memiliki”..

Dia lebih sanggup menyakiti orang yang ‘konon’nye dia paling sayang.bagi aku(maaf cakap la ye),pegi mati la sayang kau tu!

Kau buat macam tu ko tak pikir ke ko dah ganggu study jinab?! selfish!

Kepada jinab,semuge tabah menghadapi musibah ni dan buat abu,kembali lah ke pangkal jalan..

Wednesday, December 2, 2009

Seploh tahun tak update blog.

Herm,rase macam banyak banyak yang nak ditulis tapi macam malas plak nak taip.lain kali lah..haha.

Bye2!

Tuesday, September 29, 2009

konvoi lagi

Macam dah terabai blog ni aku tengok.huhu..by the way,selamat hari raya diucapkan kepada semua kawan2.so,macam biasa lah.bila raya mesti ada konvoi raya.aktiviti tahunan..hehe.

Tahun ni adalah konvoi raya yang ketiga.macam biasa jugak konvoi dimulakan dari rumah HQ,rumah ‘raya’(ekeke~ =p). ahli2 rombongan yang terawal: boss,akmal + mr. luq(haha.tapi awal2 ni belom nampak lagi ‘keserasian’ dorang..),ejat,zarul,amir,che nash,asba dan 2 orang ahli baru join,alan dan aan.kemdian gurls pulak ada aku,ezy,ayu,ckeen and suraya.

Oh,sebelom tu disini aku nak mengingatkan yang target tahun ni adalah doploh buah rumah.pergh!agak was2 jugak dengan impian tu.
Aku sampai2 rumah suraya dia teros tunjuk kad raya yang dijah bagi kat dia.orang laen tak dapat.’raya’ sorang je dapat.haha!

Lepas raya rumah suraya,nak beraya rumah jiran dia la kunun2.alih2 pegi ada orang datang pulak..herm,dah 2 tahun tak beraya rumah ejat.tahun lepas dia mencanang nak join sampai tengah hari.tapi hoh.rumah suraya je dia pegi.huh.

Destinasi seterusnye,taman cempaka.tapi tahun ni aku tutup rumah.pasal mak aku nak balik kampong.so pegi la ke rumah jiran aku,cikgu siti hajar.taim ni memang tak boleh blah.cikgu point student pakai nama bapak je.muke cikgu ingat tapi nama tak ingat tapi anak sape tu dia ingat.impress..impress..ha,kat sini baru nampak ke’sweet’an akmal dan mr. luq bilamana mereka berkongsi kerusi.haha.tapi ingatkan sweet tu mati kat sini je.kite lihat lagi selepas ini.

Next,rumah shedel.kat sini telah berlaku satu pertelingkahan.shedel cakap taim che nash call dia kate nak datang pukul 12.50.tapi che nash kata dia cakap pukul 11.50.yang menjadi mangsa kitorang la sebab shedel tak tau buat air.anak bujang...huhu.tu la del.kalo skali sekala ko masok dapor buatkan air untuk mak ko mesti sejuk tekak mak ko..hehe.last2 shedel mintak tolong aku buat air.ingatkan bila dah dapat minum air teh buleh la bergerak ke rumah lain tapi shedel tak bagi balik.dia suruh tunggu mak dia balik.makan dulu...tunggu la jugak.mak dia masak mee guring.pergh!balik dari rumah shedel tu ber-ning baizura bibir aku.haha!

Pastu teros pegi rumah alan.mee bandung mak dia dah lama menunggu.sedap2..kalo tak kerana perot dah penoh mesti aku tambah lagi.kat sini kami tompang solat zohor.seterosnye rumah dzul.ha,kat sini aku ngan ezy dah mula perasan.akmal ngan mr. luq duk sebelah2 lagi..before balik kami pelawa dzul join sekali.dia pon ok je.

Pastu menuju ke rumah padil plak.kat rumah padil air spesel cket.punch buah + susu.tapi sian lak sebab ckeen tak minum susu..huhu.oh,kat sini akmal dan mr. luq duduk bersebelahan lagi sekali.hehe..

Kemdian pegi beraya ke rumah inaz malahi..kat sini alan mencelah kat tengah2 akmal dan mr. luq tapi ada gak bibit2 cumel antara diorang yang sempat aku rakam.haha..lepas makan mihun guring,bergerak menuju ke rumah aan.akmal dan mr. luq duduk bersebelahan lagi.korang kira la sendiri berapa banyak dorang ber dua2 an.haha lagi...kat rumah aan makan mihun sup.menu hari ni mee ja..huhu.lepas tu gi umah ina.kat sini akmal dan mr. luq bermesraan lagi.ha,dah berapa dah?nyek2~ =p start dari sini ina join konvoi.

Then gi rumah dina plak.walopon dah tau kami nak datang tapi dia macam terkejot gak sebab ramai yang menyerbu datang beraya.hehe..kata konvoi...start dari sini dina pon join jugak.

Lepas tu pegi rumah hanim.ejat dah tak sabar nak jumpa cikgu razak..kebetulan hanim buat open house hari tu.before tu nak datang dah rumah dia tapi taim tu ramai sangat.hanim suruh datang balik.taim dah takde orang sangat.pulang dari rumah hanim dah magreb.so singgah semayang kat mesjid banting.habis semayang,kat tempat parking kereta aku nampak aksi akmal dan mr. luq..akmal tolong mr. luq pakai sampin.haha!aku bukan saje nak buat gusip tapi just pelik la taim konvoi ni diorang baek sangat.macam tak buleh berpisah..huhu~

Lepas semayang teros pegi rumah ostazah umi.makan nasi guring...lepas tu jaoh perjalanan ke sungai boye.beraya rumah peha..kat sini yang paling meriah kot.sebab telah terlahir dialog paling hot malam tu,"sabar je la"."terukk ke??"..ekeke~

Oh,ezy tak bape sehat taim kat rumah peha.so lepas raya rumah peha dia pulang.menanti kami datang beraya kat rumah dia.kami plak menuju ke morib sebab kalau tak datang kang ada orang nanges..huhu~

Kat morib ni macam terungkai pelbagai perkara.ntah la..tak tau nak cakap pasal sahabat yang seorang ni.doakan yang terbaik je la untuk dia.lepas tu balim semula ke kanchong.pegi rumah ckeen.oh,before tu dzul dah tak join dari mana ntah.aku pon tak ingat.kat rumah ckeen makan cupcake(mr. luq sebut cu-pe-ca-ké)..banyak sangat ckeen buat.cumel2 pulak tu.

Last sekali rumah penutup,rumah ezy.kat sini macam biasa la.buat conclusion...macam2 la yang dikonklusikan...tahun ni tak dapat capai target doploh rumah.rekod tahun lepas pon tak dapat capai.tapi stil best jugak.seronot sangat!

Tahun depan tak tau la dapat buat konvoi meriah macam ni lagi ke tak.tahun depan ntah2 ramai yang dah kawen.budak2 buat cadangan kite kompol satu tempat ja.macam bagos jugak macam tu.kita tunggu je la tahun depan~

Saturday, August 15, 2009

I-B-A-B

Dah lama tak mengupdate blog.berbizi…hidup sekarang pon macam kucar kacir.ditambah pulak dengan serangan selsema babi.ni pulak ada ura2 nak tutup U lagi.kire semua orang kena extend lah.siot~ aku dah la memang berplan nak extend 1 sem.elok2 buat degree 2 tahun setengah nanti jadi 3 tahun pulak.takmo la macam tu.kang habis belajar nak keje lagi.lambat la aku kawen gini..

Sekarang kat fakulti aku dah ada 4 kes ILI (influenza like illness).”Prevent is better than cure”.olih itu,aku ke kelas memakai mask.naek bus,pegi café,pegi library,jalan2 kat fak aku pakai mask.taim dalam kelas je aku tak pakai.

Aku start pakai senin ritu.taim tu memang tak ramai yang pakai mask lagi.boleh kire pakai dua tangan kot brape orang yang pakai.so pemakai2 mask pada waktu tu buleh dikire pelik la.

Taim aku pegi café,aku perasan bila aku bertembung dengan orang ada yang tutup mulut dengan tisu,ada jugak yang tutup guna buku.taim tu aku sengih aje.aku boleh sengih sesuke hati macam orang giler pasal orang tak nampak aku sengih pon.haha!

Tapi macam bersedih gak r orang buat macam tu.bukan ape.terase macam terok sangat mentality budak2 UiTM.tak tahu ke benda ni dah jadi pandemik.so harus la berjaga jaga.tak semestinya sape yang pakai mask tu infected.

Ada sekali tu lagi haru.aku pegi pasaraya bintang dekat seksyen7.merempit dengan housemate.aku pakai mask.housemate tak pakai.sesampai kat bintang tu,taim tengah parking moto memang dah ada mata2 yang memandang pelik.tapi persetankan pandangan dorang tu semua.dorang bukan kenal aku pon sebab aku pakai mask.muhaha!tapi paling best mase kat pintu masuk bintang.ada sorang makcik ni tengah pimpin anak dia.umur ada la dalam 3-4 tahun kot.budak pompuan.dia nampak2 aku je terus tunjuk2 kat aku sambil cakap “nak topeng macam tu!”,siap lumpat2 lagi.dah sudah..apehal la adek tu.mak dia pulak dah pandang2 slack kat aku.hoh.malas nak layan.

p/s:kawan aku lagi best.bila orang duk pandang2 pelik kat dia sebab pakai mask,dia buat2 bersin..hihi~

Saturday, July 18, 2009

Aduhai~

siang tadi ibu cerita atok suh kami 3 sepupu pompuan kawen skali.tapi macam bersusah je nak tunaikan hasrat atok tu...

pastu ibu warning jangan kawen lambat-lambat!wuawuawua~

Thursday, June 18, 2009

Angkara 'seguni' botol.

Amaran: entry dibawah sangat panjang.anggaran masa bacaan adalah 3 menit lebih.sila cari masa senggang untuk membaca entry ini.

Pertengahan sem lepas,aku ada satu pengalaman membengangkan dengan pak guard UiTM.sedang aku dan kawan2 terkejar-kejar nak ke kelas sebab dah lambat,tiba2 ada pak guard kat seberang jalan memangggil,

“yang pakai tudung hitam(taim tu aku pakai tudung hitam),meh sini”.

Tapi disebabkan aku teragak agak nak melintas,so dia yang melintas pegi kat aku.kemdian dia bertanya,

“mane kad matrik?”.

“ada”.

“bak sini tengok”.

Hoh.taim tu aku pikir ape ke demamnye pak guard ni.aku memang tak bawak kad matrik taim tu.terlupe nak pakai sebab dah lambat.yang ada dalam dompet kad matrik lama.tapi disebabkan dah lancang mulut ni jawab ada,aku bawak keluar la jugak kad matrik tu.

Bila aku dah bawak keluar kad matrik,soalan lain pulak aku dapat,

“kenapa tak gantung?”.

Dah sudah.edisi siasat ke hape ni..aku ingat bila dah kasi tengok kad matrik dah kire setel la.lepas tu pak guard tu cakap,

“kitorang hari ni buat operasi besar besaran.disebabkan awak tak gantung kad matrik saye terpakse saman”.

“ark???”.

Kemdian dia belek kad matrik aku.skali tengok nombor matrik 2005.

“ni ada lagi ke tak ni?”.

“ada”.sambil buat muke bengkek.kawan aku kat belakang pon tolong bekap jawap ada.

Sambil dia mengisi surat saman tu dia membebel bebel kat aku..adoiii!!!aku dah la bengang kena saman,boleh pulak dia nak membebel cakap aku tak bangga la hape la.dia cakap even orang cakap dia keje jaga pon dia bangga nak gantung kad dia.

Aku bukan lah tak bangga tak mao gantung kad aku,tapi hari tu memang hari malang aku.dah la terlambat nak gi kelas sampai terlupa nak gantung kad matrik,dah tu terjumpa pulak pak guard dan kena saman!

Dah habis isi surat saman,dia tak habis lagi membebel.aku pon teros amek surat saman,cakap terima kaseh dan blah.

Memang macam kurang hajar.tapi aku bengang.taim aku slalu gantung kad tu takde la pulak nak buat operasi.dah la tu,dapat ceramah free.panas je telinga..surat saman tu,aku tahap komot2 masok dalam poket.sampai kelas tak leh concentrate ape pon.hati panas lagi.haish,jadi kawan setan gamak nye…huhu~

Baki sem tu,aku macam anti je ngan pak guard UiTM.

Malam tadi,stok air minum kat bilik dah habis.so decide ngan ummi nak gi beli air kat mesin RO water kat kompleks sukan.hah,mengangkut la botol air mineral gi kompleks sukan.kiri kanan penuh botol.dengan botol 5 liter lagi.huhu..

Sampai2 kat kompleks sukan,kuarkan duet syiling yang tahap segenggam.tiba2,

“eh,mane tempat nak masok duet syiling?”.

Bace instruction pon takde cakap suh masok duet.baru la tau air tu free..haha!cam perak siket taim tu..hehe.

Dah letak botol,tekan la butang start.tapi takde air keluar.tekan banyak2 kali pon takde air keluar.cek plug kat belakang,on.keciwa betol aku ngan ummi taim tu.

So kitorang amek keputusan nak gi koop and beli air mineral.tapi duet syiling yang kami ada cuma cukup untuk beli sebotol air mineral 1.5 liter je.huhu~

“mi,kite kena catu air minum kite malam ni.sorang boleh minum 500ml je”.

Ummi buat muke sedih sebab dia adalah seorang peminum air yang kuat.

Ummi tunggu kat luar koop sambil pegang semua botol kosong,aku pulak pegi beli air.on the way balik kolej tu aku berburak dengan ummi(ummi maseh pegang semua botol kosong),

“harap2 pak guard bagi pinjam kereta nak pegi beli air.haha”.

“tapi before pinjam kena tanya pak guard,keta pak guard ni auto ke manual?saye tanya je bukan nak pinjam pegi beli air”.

“kahkahkah!”.dua2 gelak sakan.

Sesampai kat depan pondok pak guard,pak guard tegor

“mesin rosak ke?”.

“ha’ah”.

“plug tak on kot”.

“dah cek dah”.

“kat stadium ada lagi satu mesin”.

“huh?takpe lah cik.kang dah sampai stadium,skali takde air jugak menanges saye”.

“ha,takpe.jum pak cik antakan”.

“eh takpelah cik.nyusahkan je”.

“takpe.jum!”.

Aku ngan ummi saling pandang memandang.pastu senyum2. =)

Dalam kereta tu,

“kalao sebotol dua takpe lah.ni pak cik tengok seguni hah botol kamu.kesian pulak.pak cik pon selalu amek air kat stadium tu”.

“saye tak tau pulak kat stadium pon ada mesin.ingatkan kat kompleks sukan je”.

“eh ada.untuk orang2 yang bersukan minum.tapi orang yang tak bersukan pon boleh jugak”.

Ceit,macam perli pulak bunyi nyer…

On the way tu,lalu kat padang kawad ada la orang yang tengah berdrift.tak tau la ape dorang pikir bila nampak kitorang naik kereta pak guard.ditangkap mungkin.hihi.

Dah sampai stadium,pak guard tu siap teman gi mesin air lagi.bukan tu je siap tolong tekankan butang start-end..hehe.

Dah siap amek air,kami pon pulang.

“pak cik selalu jogging sini.ada la dalam 30 round”.

“owh.haa?!brape pakcik??”.

“30”.

“banyaknye.saye 3 pon dah semput”.

“paling malas pon 25 pak cik buat”.

“fuhyo.takpelah pak cik.saye kalao buat 30 dah tak tinggal ape dah”.

“ha la.habis sem nanti awak tinggal rangka je”.

Itu pon kalao ada rangka lagi yang nak tinggal pak cik.kehkeh..

Sampai je kat kolej kami pon ucap terima kaseh.tapi sayang lupe pulak nak tengok nama pak cik tu.malam tu aku dengan ummi senyum melebar.terase macam disayangi.ngeh2.

Nilai estetika: Dalam setandan pisang…-sila sambung peribahasa ini-

Sunday, June 14, 2009

TAK PERCAYA *****

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekaseh hatiku
Pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus selalu kuat
Harus selalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting
Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis


Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah selalu air mata itu
Adalah tanda kelemahan
Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga


Ayahku tersayang
Maafkan lah aku
Jika aku masih menangis
Masih belum bisa menjadi seperti
Apa yang ayah selalu mau
Kita berjanji tuk tidak lagi
Menangis kerna cinta…


Penat!!! T_T

Saturday, June 6, 2009

Selamat bergraduasi!!!

Alhamdulillah,dah selamat bergraduasi.dah tamat satu perjalanan.sekarang sedang menempuh perjalanan yang lain pulak.


Petang tu telat sikit sampai kat tempat konvo.agak terkocoh kacah gak r.fuh,panas tak payah cerita la.


Nama aku start urup ‘A’.mase beratur ikot kelas aku orang nombor 3.so taim amek skrol pon aku orang nombor 3 jugak.tu yang bercuak tu.hehe.

Bila suruh masuk dalam dewan and amek tempat,maseng2 terkamjat.kitorang sume duduk barisan paling depaaan sekali.hoh la.terpaksa la berskema rama kat depan tu.urusetia siap pesan,“yang duduk depan ni jangan bukak mortar”.adoi…terpaksa bertatasusila la kami kat depan tu.


Ha,jangan silap paham.gambar2 di atas tu sume disnap taim VIP belom datang.

Tapi bagos jugak duk depan tu.bulih tengok dengan jelas orang2 yang naek pentas.so bulih la nak bajet2 nak berenti kat mane,senyum macam mane untuk menghasilkan gambar yang ok.dan hasilnye,

Taim dah sampai turn tu,nerbes dia phew!tak leh nak cakap la.mase tengah beratur tu rase macam tak leh nak berdiri pon ada.maseng2 muke cuak.taim dah turun pun same.pikiran maseh weng2.sampai orang yang pas resit untuk gambar cakap ape pon tak dengar.terpaksa patah balik and suh ulang.kelakar plak bila pikir balik..hihi.

Tapi yang paling kelakar mase orang yang terakhir untuk istiadat hari tu dapat skrol.disebabkan budak2 FSG terlalu ramai,dekat seribu lebih semua orang ternanti nanti bila nak habis.bila dah sampai course terakhir,satu satu naek pentas amek skrol.tiba2 dengan kuat pembaca nama cakap,”daaann”(menandakan itu adalah orang terakhir dalam course tu sekaligus orang terakhir untuk hari tu),semua orang tepuk tangan sambil bersurak gembira.sampai pro canselor pon gelak.dia dah duduk pon bulih sengih2 lagi.yela,pro canselor pon berpenat.dekat 4 jam duk bagi skrol je.

Tapi hari tu memang bez.tapi penat jugak.balik bilik terjelepok.ohh,ada jugak perkara tak bez.camera aku rusak.adoi,bengang giler.terpakse tompang masok camera sesape.terpakse la kutip gambar kat semua orang..ni sebahagian dari gambar2 yang aku dapat.



Adek2 aku tak boley blah.bersolek before amek gambar family.




Terima kaseh semua!!! =)

Monday, June 1, 2009

Dugaan

Dah lama tak update blog..huhu.

Semalam,ada raptai konvo and amek jubah juge.bez r.rase excited cket nak berkonvo bila dah dapat jubah.hoho.
























Hari kames ritu terjatoh on the way nak gi kelas.adoi..bermalu doh.naseb tak ramai yang nampak.suar koyak..wuwuu.cedih T_T sebab takde duet nak beli suar baru.

Hari jumaat saket badan,kesan daripada terjatoh.

Hari sabtu,demam pulak.adoyai.selasa dah nak konvo ni.jangan la berdemam lelama.cepat2 makan panadol.ahad pagi dah ok.

Tengah hari pas zohor tu bergerak nak pegi amek jubah.ceit betol kawan aku yang keje SKP konvo cakap kul 2-3 tak ramai orang.faham tak sangat lautan manusia.hoh.

Lepas amek jubah teros gi DSB.ada raptai.skemarudin cket gi tengok raptai.huhu~

Habis dengar taklimat pasal flow konvo,cara2 nak pakai jubah ape la tu sume aku dengan kawang2 pegi tangkap gambar.

Haha.bergambar sakan r kitorang petang tu.taim tu baru la rase susah jadi model.sebelum ni rase keje model macam senang.mekap2,sarung baju,pose..kitorang sampai mati akal tatau nak pose macam mane dah.

Petang tu,tamat je sesi fotografi ‘pre-convocation’ semua orang pon penat,rase macam nak semput pon ade.huhu.

Herm,macam nerbes pon ada ni.takot.ntah pape je jadi taim aku naek pentas.

Taim raptai orang yang bagi taklimat cakap,gurl selalu sangat mortar board jatoh.ada tu bukan dapat skrol,tapi dapat mortar board sebab mortar board dia jatoh atas skrol taim pro-canselor tengah hulur skrol.hoh la.berisau je terjadi perkara memalukan.tapi harap2 semua smooth saje.hihi.

Kat bawah ni aku tempel beberapa gambar ‘pre-convocation’ kitorang.

































































































































































































Glosari
SKP = Skim Khidmad Pelajar
DSB = Dewan Sri Budiman

Thursday, May 14, 2009

Pitu,Walu,Songo

Herm,beberapa hari lepas tamat la exam pertama aku sebagai student degree.overall,not so good..uhuk2~

Paling bertensi taim 3 exam paper terakhir.paper berderet..adoi~ giler penat eh..aku ni jenis study last menit.study awal2 aku cepat lupe.tapi kalao paper jarak jaoh2 takpe gak nak study last menit.ni tahap takde gap,memang pensan la wa cakap lu.i know,i know..korang musti nak cakap, "tu la.sape suh study last menit".nak buek camano..sejak dari tadika dah memang camtu stail belajar aku..huhu.

Sebab tak habis cover chapter punye pasal,aku sampai tak tido berstudy.kalao sehari je buleh la tahan.ni bila 3 hari ada gak rase macam nak amek ice.tapi kalao tau dek mak bapak aku mau kena pelangkung..huhu.nanti ibu musti cakap, "takpe la kak kalo ko fail pon.janji ko tak amek benda alah tu".hihi..

Jangan riso,aku tak amek pon benda najis tu.biar lah fail pon(memang dah ada instinct pon..nyek2),takkan sesekali aku amek.aku hanye akan amek ais batu je..kehkeh.

p/s: lepas ni berintersesi(short sem) pulak...berusehe! (^_^)v

Tuesday, May 5, 2009

Tak Gumbira.,.,

Huargh!~ tenshen giler.sekarang ni aku selalu sangat dapat mesej lambat.and orang susah nak call aku.kadang tu sampai 2 3 jam lambat.lepas tu selalu sangat dapat mesej cakap ada missed call.ntah la.fon aku ni kot yang problem.tapi bersusah r macam ni..

Pernah sekali tu naseb baek aku tak kena tinggal dengan kengkawan.nak gi tengok muvi.diorang tak dapat reach aku.berpuluh kali gak call.siot!

Sekarang ni dah la minggu exam.senghaje je nak bagi aku lagi tenshen.bila tetibe aku dapat mesej sekali banyak,pas tu plak bila tengok taim orang tu send tahap yang dah sejam ke 2 jam lepas,hoh!mase tu rase macam nak campak je fon kat dinding.bila pecah berkecai baru rase puas hati.

Tapi nanti menyesal pulak bila dah berkecai.ye la,aku mane ada fon lain lagi.kalao fon dah berkecai aku nak pakai fon ape???lagi pon sayang gak kat fon ni.

Dah 3 tahun fon ni dengan aku.macam2 no orang ada.kat kalender,penoh dengan birthday reminder.aku ni pantang tau birthday orang.mesti aku save.and aku akan cube sedaya upaya untuk wish walaopon sekadar hantar mesej cakap,“happy birthday”.tak perlu bagi ayat panjang2 sebab bila kite ingat itu pon dah membuatkan mereka gumbira walaopon pada hakikatnye reminder yang ingatkan.haha!

Tak rugi pon spend kredit untuk wish birthday kat kawan2 sebab bila dia gumbira,kite pon akan turut kongsi bersame.tapi sekarang ni aku tak gumbira sebab fon aku buat hal.

p/s: Aku sendiri sebenarnye dah ada list orang2 yang wajib wish birthday aku.kalao dia tak wish aku akan tanye,”tak nak wish ke?ke lupe?”.huhu..peace~ (^_^)v

Tuesday, April 28, 2009

Merah Kuning



Yeaa!!Selangor menang!tapi agak terkilan r tak dapat tengok diorang main pasal besoknye aku ada exam.dapat dengar kat radio je..huhu~

Sekarang dalam tangan dah ada Piala Sumbangsih dengan Piala FA.berusaha keras untuk dapatkan Piala Mesia pulak..wink~

Syaitan

Marah, benci, bengang.semua la.tak pernah nak menyenangkan hati aku even sekali pun.hurm, pernah la kot sekali.bercaring sebab aku takde note nak study tuk test.tu je la sekali.yang lain???asek menyakitkan hati je.

Tolong la sedar wey..jangan sebab nila setitik rosak susu sebelanga..

Satu je yang aku nak cakap,

"Kau memang kemprohh!!!"

P/s: botol nila dah terbukak dah pun.tinggal nak curah je.

Tuesday, April 14, 2009

Nikmat

Tadi siang balik Shah Alam.ibu anta gi stesen bus.kebetulan pulak teros ada bus gi Klang so teros naek.adoi,bawak beg besar pulak tu.habis terlanggar-langgar sume benda.huhu..

Tak ramai pulak orang naik bus.aku pilih seat kat belakang.dah bersiap duduk sume ni,ingat nak menyumbat telinga.so menyelongkar handbag..alamak!jumpa mp3 je.earfon mane??baru teringat.malam tadi aku kuarkan earfon.lupe nak taroh balik dalam beg.alahai,berbusan la macam ni.2 jam kat dalam bus.ape lagi yang buleh aku buat selain beradu.cewah,macam best sangat je tido dalam bus.huhu~

Aku pon tido dalam bus sebab dah busan tahap gaban.abang bus tu pun dah sampai TPG kot baru bukak radio.tu pon stesen pe ntah.syok giler la pulak tido.sedar2 je dah sampai bulatan kat Klang tu.

Tetiba teringat plak kejadian taim praktikal dulu,taim hari last.pagi tu macam bercepat naek bus.sebab dah 3 bulan naek bus so agak dah reti bajet la pukul brape buleh sampai.menurut perkiraan aku dalam kul 7.45 dah buleh sampai hospital.so tak la merah kad aku di hari terakhir berpraktikal..

Rutin harian aku kat dalam bus adalah tido.hehe.sebab dah busan giler hari2 naek bus.sampai TPG or Kg Medan aku musti tido.nanti sampai JJ Bukit Tinggi tersedar.pastu sama ada aku sambung tido2 ayam ataopon ber get ready nak turun bus.

Pagi tu sebab dah bajet buleh sampai awal so tak la risau sangat.seperti biasa dah setengah perjalanan aku pon tido.hari tu tak tau la knape lena beno tido.naek bus 2 tingkat,duk kat bahagian bawah kat belakang sekali.

Oh.semalam ada eksiden bus 2 tingkat.besi penghadang jalan tertusuk masuk dalam bus.6 orang meninggal tak silap.takziah kepada keluarga mangsa.pasni dah tak nak duk bawah.nak duk atas je.huhu..

Ha,sambung cerita.hari tu tido lena giler.aku sedar2 je tengok pemandangan kat kiri kanan macam tak familiar.aku kedip2 mata banyak kali.cube mengenal pasti latitud aku..

Aaaaarrgh!aku dah kat India Town!siot.jaoh giler terlajak.tengok jam dah pukul 8.merah lagi kad aku hari ni.rase cam bengang giler.macam mane buleh terlajak???sampai kat Klang,patah balik naek bus gi Banting.last2 dekat 8.30 baru sampai hospital.hari last yang malang.buleh pulak hari last tu nak terlajak..aduyai~

Pengajaran:jangan tido dalam bus..hehe.tapi walau macam mane aku tahan pon aku mesti tido jugak.huhu~

Berimtihan nihaie

Sekarang dah masok study wik.19hb ni dah exam bel.hoh menipu je cakap takde final.siot betol.taim awal sem macam bergumbira gak r sebab cakap subjek bahasa takde final.bahasa ketiga ye r takde final.tapi kena buat projek video.lagi cam ttuut.bersusah giler.leceh.baik amek sitting exam je.bel ni pon dia kire takde final sebab exam dia bukan dalam minggu final kot.final exam stat 20hb.bel 19hb.hoh sungguh.stil kena study gak.

Hari tu budak kelas aku telah membuat onar kat kelas bel.setengah kelas tak datang.muhaha!aku dikalangan orang2 tersebut.hihi.mane la aku nak tau ramai giler yang plan tak nak datang.

Bengang giler madam.siap cakap sape2 yang tak datang ni dia akan make sure dapat markah rendah.."wut da duck!"(ni ayat kawan aku).ada jugak yang cakap "wut da F!"..haha.macam2.

Sape suro dia ajar tak besh.sebab tu kami tak datang.minggu depannyer,cuak gak nak datang kelas.memula tu dia macam marah gak r.tapi lepas tu dia ok.tak tau kenapa dia sangat kelakar hari tu.mungkin sebab tu hari last kelas kot.kire ok la.kelas last tu telah meninggalkan kenangan yang positif untuk subjek tu.aku macam dah tak benci kelas bel.so takde la macam bertensi nak study.huhu~

Sekarang ni aku kat rumah.duk rumah memang tak study ape la.bisok balik Shah Alam.kena bekerja keras.study betol2(ada ke orang study maen2 pon.hehe)..

Kawan2 sekalian,doakan kejayaan patik.paper banyak dekat2 ni.selamat maju jaya jugak kepada rakan2 yang nak exam...disamping tu,ingin juge mengucapkan tahniah kat Alan.dah nak masok alam pekerjaan.kerja molek2.dapat gaji jangan lupe belanja.haha!oh,tak lupe juge kepada sahabat terchentaku Peha,buat yang terbaek!kasi gempak.ni dah last sem.semuge dapat bergrad.ape2 pon,ma'a taufik wan najah kepada semua. =)

Monday, April 13, 2009

aku terjumpa vid ni kat blog adz...
cam cumil lak aku tengok mereka inin...

http://www.youtube.com/watch?v=bla9XYhixJA&feature=related

Monday, March 16, 2009

FeNU 09

Sabtu minggu lepas aku dengan seorang kawan pergi menonton Festival Nasyid UiTM 2009.saat aku terbaca je poster program ni dah tergerak hati nak pegi.bila dah ada kawan nak join venture,teros konfem pegi.

Malam tu pukul 8.15 suku baru gerak dari kolej.merempit.ingatkan takde la lewat sangat tapi sebenarnye agak lewat jugak sebab sesampainya kitorang kat dalam dewan majlis perasmian dah tamat.huhu..tak kesah la.janji pertandingan belum mula lagi.

Semua cawangan UiTM hantar wakil kecuali cawangan seberang laut.sementara menunggu pertandingan bermula,tiba2 teringat pulak kenangan lama.dulu taim sekolah rendah pernah jugak masuk pertandingan nasyid.masa tu panggil Amal Islami kot.ntah la.aku pun tak berapa ingat dah.tapi aktivi nyanyian aku takla serancak Alan.aku penah masok sekali je waktu darjah 3.jadi vokalis lak tu..wahaha!masa kat depan dewan tu(bukan la dewan sebenarnye,cume kelas yang dibuka dinding penghadang je) menggigil giler.nervous tak yah citer r.ayah ada kot rakam masa aku nyanyi tu.video tu pulak dibawak balik kampung then tayang kat sume sedara-mara..malu!malu!lepas2 tu dah tak masuk nasyid.masok tilawah la berzanji pulak..huhu~

Sedang tersengih2 mengingat peristiwa lama,tiba2 pengacara majlis umumkan yang pertandingan dah nak mula.aku pun memberi perhatian yang tak berbelah bagi.seawal musik perkusi kedengaran,kaki ni dah rase macam nak bergoyang.tapi fikiran pantas sedar kat majlis ape aku berada..huhu.kumpulan pertama yang naik pentas pakai baju warna merah..semangat2!macam taim family day aku jugak.

Overall aku agak impress la jugak dengan tahap nyanyian dorang.rasa macam sedang berada di Festival Nasyid Kebangsaan.kagum gak dengan kreativiti persembahan dorang.contohnya dari UiTM Shah Alam.dorang stat nyanyi dengan acapella,

"dicoba,dicoba.."


mula2 aku ingat aku salah dengar.ape benda la yang dicoba..kemudian dorang sambung,
"dicoba,dicoba...suaranya"

"suara siapa"

"suara diaa.." (sambil tunjuk ahli kumpulan)

wahaha~ menarik!menarik!semua orang tepuk tangan.bangga gak taim tu sebab aku penyokong UiTM Shah Alam.kawan aku sebab dulu dia belajar kat UiTM Melaka jadi malam tu dia menjadi penyokong UiTM Melaka walaupun pada hakikatnya dia sekarang belajar di UiTM Shah Alam..hehe.

Sambil menghayati lagu2 yang dorang nyanyi,mata aku ni memetia setiap ahli kumpulan.sekadar mencuci mata.kalo ada yang hensem,bisik kat kawan sebelah.haha!

Selain tu,aku tertarik gak kat mereka yang bermain alat musik.ada sorang brother tu,dia ni sekadar bermain tamborin je.mula2 nampak macam biasa.sama macam orang lain main.tapi bila sampai part yang rancak,dia ketuk tamborin tu bukan sekadar menggunakan tapak tangan je tapi habis seluruh lengan dan siku semua dia guna.susah aku nak gambarkan melalui perkataan.tapi sape2 yang tengok malam tu tau la.mula2 terkujat gak tapi lepas tu jdi kagum.sekadar bermain tamborin(dulu waktu kat sekolah slalu gak main.selain tu ada gak loceng,kastanet,tik-tok dan kerincing juge) dah boleh buat orang kagum.cayalah bro!

Habis persembahan dari 10 buah kumpulan,ada pulak penampilan khas dari kumpulan Mestica.dorang nyanyi 3 buah lagu.semua lagu peberet aku.puas hati betul.tak sia2 aku datang malam tu =)

Keputusan pertandingan: UiTM Shah Alam menduduki tempat ke-3.tahniah! =D tempat ke-2 pulak dimenangi oleh kumpulan yang pakai baju merah tadi.dan juara disandang oleh UiTM Perak.pakaian dorang pun dah memang macam artis nasyid.dan dorang jugaklah satu2 nya kumpulan yang pakai minus one.so duet kemenangan tak payah bahagi banyak2 sebab ahli kumpulan pun 4 orang je.masa pengacara majlis memperkenalkan dorang -dah jadi johan bermacam macam pertandingan- dah boleh agak dorang ni boleh dapat tempat.tak dapat jadi juara pun no 2 atau 3 insyaallah dalam tangan.

Sebaik acara tamat,aku antara orang terawal yang balik.tak nak bersesak sesak.dapat je kupon aktiviti teros blah.aku merempit pulang dengan hati lapang sambil mendendangkan lagu2 Mestica~

Di tag oleh Ezy

#1 describe 10 things about the person who tag you


1- Nama dia Nur Syazwani Izyan Bt Bachiran (seingat aku la.kalo salah mahap ye Z)

2-Slalu orang panggil dia Ezy.tak tau la kalo dia ada nama panggilan lain.oh,kat rumah family panggil dia Kak lang.

3-Aku stat kenal dia taim darjah 3 kot.dia taim tu darjah 2.

4-Dia ni jiran bestfren aku,Murni(ramai panggil dia Neng sebab nama dia Neng Animurni).makanya,Murni ni pon merupakan jiran Zaid Azrai jugak la.dulu aku rase dia ni macam poyo(mahap..hehe).ye r,kalo tak silap mase 1st taim jumpa mase tu kat rumah Murni.dia dengan aku taim tu tahap yang macam dah kenal lama.aku terpinga-pinga gak taim tu."budak ni betol ke?"...tapi lama2 aku tau dia ni mudah bergaul senanyer.haha!

5-Erm,penah 1 kelas dengan dia taim darjah 6.skolah pagi 6 Cempaka,skolah petang 6 Omar.

6-Dia pernah pernah melancarkan perang tak nak berkawan ngan Jemin.aku pulak lancar perang kat Arip Ramli.aku pon tak berapa ingat kenapa aku gadoh ngan dia dulu..huhu.

7-Sekarang dia belajar kat Shah Alam.tapi dah nak habis.tunggu nak praktikal je.

8-Sebab dia baik ngan Alan,so selalu korek rahsia Alan kat dia je.Tapi kadang tak dapat pon.kena korek kat Alan sendiri.haha!

9-Member kat banting yang selalu aku hangout bersama,selain Sue dan Peha.sampai Alan penah cakap aku ni macam takde member lain.hoh.

10-Same2 takde boyfren macam aku..miahaha~

#2 describe 10 things about you

1-Baru sambung belajar kat UiTM Shah Alam.

2-Suke makan lagi2 taim tension tapi tak penah gemok.ramai yang jeles sebab makan banyak mane pon tak efek pape.tapi senanyer dah busan gak dengar ayat "kurusnye ko"...hoh!

3-So,berazam nak gemokkan badan.tapi buat mase sekarang ni macam harapan tinggal harapan je.mane taknye,pegi kelas jalan kaki.tunggu la kalo dah keje ke dah kawen nanti kot.

4-Azam lain,nak cari pakwe jugak..ngeh2. =P

5-Sedang merindu rumah.so,ingat nak balik hujung minggu ni sekiranye tiada aral melintang.

6-Ni tagged pertama yang aku dapat.senanye malas nak bertagged2 ni.tapi sebab Ezy yang bagi aku buat jugak.

7-Aku baru balik kelas ni.belom makan malam lagi.sedang berpikir nak makan ape..

8-Tadi kawan aku ajak main boling tapi aku malas.(senanye tak pandai main sangat pon..hehe.)

9-Tadi baru sorang klasmet aku cakap muke aku macam sorang lagi klasmet aku bila dia bukak spec.hoh.cakap la muke aku ni macam muke artis ke...tak glamer betol.huh!

10-Aku dah tak tau nak cakap pe ni.erm,sebagai penutup biarlah aku cakap aku cumil..ekeke~

#3 at the end you need to choose 10 people to be tagged and their list names.

1-Suraya(takde blog and Ezy dah tag)

2-Peha(takde blog jugak)

3-Alan (tapi Ezy dah tag)

4-Anne(Ezy dah tag jugak)

5-Syed(tak tau blog baru dia.dia takmo bitau)

6-Ummi(takde blog)

7-Farina(takde blog jugak)

8-Syafiq

9-Azari(takde blog jugak kot.ni pon kalo dia bace.huhu~)

10-Dah tak tau nak tag sape.sape2 yang nak tu boleh la tag sendiri.

Friday, March 6, 2009

Hari Keluarga~




1hb 3 ritu course aku buat family day kat Bukit Cerakah.semua par dari part2 sampai part5 join.sekarang ni kami takde junior part1.setiap part dapat 1 tema kaler baju.part kitorang dapat kaler merah..bagos gak dapat kaler tu,bersemangat! =D



Aktiviti 1st untuk pagi tu kitorang buat stretching then menari poco-poco dengan chicken dance..haha,seronot2~







Lepas tu ada aktiviti Treasure Hunt.mule2 agak bez la tapi lepas tu bengang plak dengan orang yang arrange.dah sampai checkpoint ke brape ntah kitorang dapat klu tulis "tahniah anda telah berjaya menamatkan permainan".kami berlari pulang dengan seronok la.skali tetibe ada orang tahan cakap,


"eh,korang dah habis ke?"

"ha'ah".

"tapi korang tak datang checkpoint kitorang lagi.macam mane boleh dah
habis?"

"mane tau.dapat klue cakap tahniah".

Lepas tu kami dikire belom tamat sebab barang amanah tak cukup
lg.bengkek gak taim tu.ada sorang urusetia tu cakap bila start dari awal tak
betol so akan ada problem la nanti.kirenye nak cakap group kitorang la yang
salah.rupenye group laen pon berproblem gak.ada 1 group tu lagi bez.pegi kat
1st checkpoint and jumpe klue.bukak2,"tahniah,anda telah berjaya menamatkan
permainan".

ekk?salah siapa sekarang???

Lepas makan tengahari,ada pulak acara sukaneka..we were having
fun..rugi la budak kelas aku yang tak pegi.

kurik bersemangat giler bawak bola ping pung


buah kelapak berterbangan..huhu~

fuh..fuuuhh....fuuuuuuhh~


wieee~ (^.^)Y

Paling bez aku dapat hadiah cabutan bertuah...ngheee.walopon cume sekadar tupperware untuk makan megi.huhu~




Kat bawah ni aku tepek berapa gambar laen yang disnap sepanjang
hari tu...

sebok bagi arahan care2 nak berposing...

yeahahahaha!


lariikkk...




Sunday, February 22, 2009

Berlega~

semalam berkonvoi 4 kereta menuju ke kota damansara menziarah lecturer yang baru lepas buat spine operation.hurm,b4 tu memaseng bercuak sebab beberapa minggu b4 tu telah terjadi satu kesilap fahaman yang telah menyebabkan beliyo mengamok kat budak kelas kami..

kesilapan yang tidak disenghajekan,yang melibatkan segelintir orang je tapi 1 kelas kena marah.ada yang terpinge2 tak tahu ujung pangkal.maka terbanglah surat layang kepada pencetus masalah.

lecturer aku ni penah ada history sebagai orang yang sangat garang.senior2 aku taim diploma dulu sume takot kat beliyo.tapi sekarang dia dah kurang garang siket..

bila tau dia nak buat operation,macam berlega siket sebab macam lama lagi baru jumpa dia semula.sebab last taim jumpa kitorang tu dia memang sangat marah,mengajar tahap yang klik saje slide.dah la go thru slide tu cepat giler ditambah lagi dengan ketakutan memang tak masok ape la dalam kepala.beliyo juge takmo kasi notes,pandai2 sendiri nak cari..huhu~

hari jumaat,taim tengah run mini projek,bergosip dengan rakan sekelas bila mau melawat Dr..kebetulan ada senior kat dalam lab tu.dia cakap,

"pegi je la".

then ada klasmet jawab,

"tapi takot la nak call dia".

"asal takot lak?"

sume orang senyap.

"korang ni part berape?"

kemdian kami ramai2 menjawap,

"part 3".

senior pi reply,

"Oo,paham".

ek??kitorang pon terpinga2 la ape yang dia paham..hurm,ingatkan kes ni hanye diketahui budak part aku dan lecturer tempat kami mengadu masalah je.rupenye dah tersebar kepada senior dan kepada ketua program juge.paling mengejutkan,member aku yang tak belajar kat fakulti tu pun tahu..adoyai~ tak pasal2 part aku ni jadi pemes.


semalam sampai rumah lecturer maseng2 berpass baton suh bagi salam.haha!bila lecturer dah ajak masok sume jadi macam biasa walopon kadang2 ada yang memandang sesama sendiri supaya mencari topik untuk berbual.tapi paling lega bila lecturer dah tak marah.beliyo act macam biasa je dan bercerita experience operation dia.paling melegakan,bila kitorang mintak diri nak balik tu doktor cakap nanti sape2 tolong mesej ingatkan dia print notes untuk kami...
maseng2 taim tu macam tak pecaya... =D

Insyaallah kalo takde masalah 3hb ni beliyo akan stat ngajar balik.hopefully sume akan kembali seperti sedia kala macam taim kelas yang 1st dulu.

Thursday, February 12, 2009

Memimpin itu menderita

Bukan mudah menjadi pemimpin.satu kesilapan besar sekiranya ada orang menganggap kepimpinan sebagai suatu kedudukan yang "sedap".begitu juga jika menganggap kepimpinan sebagai sesuatu yang mudah sehingga "siapa sahaja boleh menjadi pemimpin".

Terdapat syair Arab yaang bermaksud,"orang yang berakal menderita di tengah2 nikmat,tetapi orang jahil merasa nikmat di tengah2 kecelakaan".

Kepimpinan adalah suatu amanah.rakyat harus bijaksana dalam memilih pemimpin.sebagai suatu amanah ia hanya boleh diserahkan kepada ahlinya,iaitu orang yang layak memikulnya (surah An-Nisa:58)

Kepimpinan tidak boleh dijadikan hadiah kerana mengenang budi.dalam islam pemimpin yang berbudi tidak meminta balasan daripada rakyat.apa yang dilakukannya harus tulus kerana Allah (surah Al-Insan:9)

Kepimpinan juga tidak boleh diberikan kerana kasihan.membebani seseorang dengan tanggungjawab yang di luar kemampuan bukanlah cara yang betul untuk mengasihaninya.

Petikan dari sebuah buku bertajok 'Pembangunan Ummah:Ke Arah Wawasan 2020'

>Kepada semua rakyat dan pemimpin,mari kita renung2kan~

hatiku besar

haha..jangan salah sangka.aku tak berkecil hati pon dengan komen alan apatah lagi merajok.terima kaseh pada alan atas komen jujor beliyo..huhu~

aku bukan lah dah berenti berblogging seperti yang disangka,cume berbizi lalu tak sempat nak ber-cc.ni pon kebetulan tengah cari material tuk assignment.

hoh,busan jugak bila tak dapat nak berblog nih.aku tak dapat nak meluahkan ape yang terbuku di hati.terperok rase merana diri...ekeke~

ila al-liqa'~ ;)

Tuesday, January 20, 2009

Mamat (bukan nama sebenar)

Situasi 1

Ada seorang bos memiliki kedai tayar.beliyo mempunyai seorang pekerja bernama Mamat.kedainyer turut dihuni oleh cek Tikos.

Bos: Mat,before balik nanti jangan lupe tarok gam tikos ni.
Mamat: bereh boss! (Mamat ni orang Kelantan)

Malam tu dek kerana risau sama ada Mamat sudah menyelesaikan tugas yang diberikan atau belom,maka si bos pon mengSMS Mamat.

Bos: Mat,ko dah tarok gam belom?
Mamat: Dah bos.saye letak kat atas paper besar,ada ayam yang beli tadi pastu saye siap buat lorong bos.

Lorong???

Keesokan harinya pabila si bos tiba ke kedai,apa yang dilihatnya adalah paper yang sudah dituang dengan gam.kat tengah2 tu ada sisa ayam yang dibeli dengan harga RM 1.70.kemdian mata bos tertancap pada lorong yang muat untuk dilalui oleh 4 hekor tikos!

Bos: Ei Mat.ni pehal ada lorong ni?
Mamat: Ye la.nanti tikos tak jumpa ayam saye buat la lorong.bos,gam tu tak berkesan la.tak dapat tangkap tikos pon,dapat bulu dia je.

Ekeke~

Situasi 2

Mamat telah berkenalan dengan seorang gadis.dia selalu bermesejan dengan dengan gadis tersebot.satu hari ni,taim Mamat pegi toilet dia tinggalkan fon dia kat atas meja.nak dijadikan cerita,gadis yang selalu bermesejan dengan Mamat tu call.si bos pon pegi la tengok fon Mamat.nama yang tertera ialah 'my lover'.sekeluarnye Mamat dari toilet,bos pon teros bertanye,

Bos: Mat,'my lover' tu ape?
Mamat: kaseh sayang.

Wakakakaka!

p/s: cerita diatas adalah kesah benar tetapi telah dilakukan sedikit olahan untuk menambah kelemakan dan kekeriman jalan cerita.

Saturday, January 10, 2009

Syukur~

Syukur,syukur,syukur ya Allah...
Syukur alhamdulillah...
Ha aaaa...
Lalala~

Syukur alhamdulillah..tadi pegi mendaftar.Alhamdulillah sume berjalan lancar..walopon taim daftar tadi,mase kat kaunter HEP dorg cakap sape2 yang buat pra ke diploma kat Shah Alam tak leh dapat kolej.taim tu aku berator ngan member.dia kat depan aku kat belakang.terkedu gak taim tu.orang tu strict nak meninggal lah.memang tak bagi can langsong!last2 pegi buat rayuan kat pejabat kolej sendiri..

Naseb ada kosong.tapi tinggal bilik 2 orang je..takpela walopon bayar mahal siket janji dapat kolej.n aku dapat sebilek pulak dengan member yang aku daftar sesame tadi.kebetulan jugak kami 1 kelas!ha ha ha...

Tadi beroperasi mengemas barang...adoi.penin!haha..baru siap kemas baju.buku2 ngan barang laen on the way..

Tak sabar nak setat kelas.jumpa balek klasmet dolu.wah,seronot! =D

Friday, January 9, 2009

Alhamdulillah~

Alhamdulillah syukur nikmat
kepada tuhan yang memberi rahmat.
Alhamdulillah syukur nikmat
kepada tuhan yang memberi rahmat..
Ooo..Ooo..Ooo...
Lalala~

Hehe..Alhamdulillah,penantian selama ni sudah terjawap.aku dah dapat menyambung pengajian keperingkat ijazah dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Biomolekul.

Hurm,agak bertiba-tiba senanyer dapat berita ni.aku tau semalam(8/1) dalam kul 9pm lebey.kawan yang call bitau aku dapat.aduh!taim tu aku teros saket perot macam yang selalu aku alami sebelom aku check result exam..kehkeh.pastu menggegiel tak hengat.shock giler!

Ni baru print surat tawaran pe sume.nanti pagi nak kena setel yuran ngan medical cekup.adui...kelam kabot pasal sabtu dah nak dafta.penin pon iye...hoh.persediaan mental pon tade ni...huhu~

Tu belom pikir barang2 yang nak dikemas lagi..gagaga!

K la.nak pi siapkan ape2 yang belom siap lagi..kawan2,doakan sume berjalan lancar keh! :-)

Wednesday, January 7, 2009

BER???

Sekarang ni aku asek berbusan,bermalas,bersengkek($ asek kuar je tade yang masok),bergolek,bermenonton tibi dan macam2 ber lagi...
Ber...
Frasa yang dicipta oleh alan kemdian diikuti oleh ramai orang...berbelagak la budak tu.hoh!


Aku dah busan giler duk rumah ni.result rayuan lambat giler nk kuar.call uitm,jawapan yang diberi..huh,rase cam nak terajang je..


Duduk kat rumah ni asek buat benda sama je..kadang tu macam bermalas giler.mak aku pon dah marah2 dah kadang tak menulun beliyo.hoh.durhake betol!


TuluUunn la hilangkan kebusanan aku...uhuk2~






muahaha!

aku sudah berhijrah...
pakai blog frenster tu susah la...
kalo frenster berproblem bersusah nak buat post baru...

kepada rakan2 yang mengikuti blog sebelom ni sile teroskan pengikutan anda..
hehe~