BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 12, 2009

Memimpin itu menderita

Bukan mudah menjadi pemimpin.satu kesilapan besar sekiranya ada orang menganggap kepimpinan sebagai suatu kedudukan yang "sedap".begitu juga jika menganggap kepimpinan sebagai sesuatu yang mudah sehingga "siapa sahaja boleh menjadi pemimpin".

Terdapat syair Arab yaang bermaksud,"orang yang berakal menderita di tengah2 nikmat,tetapi orang jahil merasa nikmat di tengah2 kecelakaan".

Kepimpinan adalah suatu amanah.rakyat harus bijaksana dalam memilih pemimpin.sebagai suatu amanah ia hanya boleh diserahkan kepada ahlinya,iaitu orang yang layak memikulnya (surah An-Nisa:58)

Kepimpinan tidak boleh dijadikan hadiah kerana mengenang budi.dalam islam pemimpin yang berbudi tidak meminta balasan daripada rakyat.apa yang dilakukannya harus tulus kerana Allah (surah Al-Insan:9)

Kepimpinan juga tidak boleh diberikan kerana kasihan.membebani seseorang dengan tanggungjawab yang di luar kemampuan bukanlah cara yang betul untuk mengasihaninya.

Petikan dari sebuah buku bertajok 'Pembangunan Ummah:Ke Arah Wawasan 2020'

>Kepada semua rakyat dan pemimpin,mari kita renung2kan~

0 comments: