BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 10, 2011

Good bye Tg. Demong

Alhamdulillah,akhirnya ada jugak perkara menggembirakan di hari2 terakhir kepraktikalan aku kat sini. At least,takdela aku rasa tempat ni sucks sangat.

Petang semalam,Ummi bawak balik satu beg plastik berisi hadiah. Ada orang misteri bagi kitorang bertujuh hadiah. Wow! Terharu dowh taim tu aku rasa. Tak tahu la memang kebiasaan dia bagi budak2 pektikal hadiah atau kitorang ni spesel sangat di mata dia sampai siap bagi cenderamata bagai.ececeeee..haha. Tak kesah la mana satu pun sebabnya tapi sumpah aku terharu..sob2 T_T


Salah tiga antara tujuh hadiah


Aku punya kaler hijau


FRI TANJUNG DEMONG 2010/11


Malam tu pulak pergi makan beramai2 kat Demong Cafe. Terima kasih kepada Dewi Augustina kerana belanja kami. Gaji first tu..hehehe.




Terima kasih Cik Dewi =)

Tapi malam tu aku, Farina and Syafiq tak leh lepak lama ngan dorang pasal kitorang dah ada projek lain plak dengan 2 orang senget, (penghibur tapi pengduka jugak kat unit ketam) Encik Faizul dan Encik Ise. Dan aktiviti kitorang ialah...jeng,jeng,jeng...


Karok!!!hahaha..


Dengan semangatnya Encik Faizul menyanyi



Siap naik atas kerusi lagik

Sampai kering tekak kitorang nyanyi malam tu. Aku siap nak hilang suara. Dah puas nyanyi kitorang gi lepak minum jap before balik. Walaupun penat satu hari sebab siang tu ada buat jamuan makan untuk staf2 (perkara wajib untuk setiap student praktikal), tapi aku enjoy =D

Akhir sekali mari kita layan video pendek ni ;)

Tuesday, February 8, 2011

Dah tua.

Suatu hari diwaktu bosan,semasa sedang melepak bersama-sama Syafiq dan Farina tiba2 ada la seseorang mengeluarkan dialog, “Tora datang lagi”.

“Eh,dulu masa kecik2 i suka beli Tora”.

“I pun suka jugak.lagi satu tu Ding Dang”.

Dulu2 kalau aku ikut ayah aku pegi Tawakal(kedai mamak yang dah berjaman idup kat Banting) rajin gak r aku mintak Ding Dang ke Tora kat ayah aku.taim tu Tora ngan Ding Dang selalu r kuar iklan kat tv tunjuk permainan2 baru dorang.bila aku excited tengok and nak permainan tu,tu yang mintak belikan.tapi selalunya hampa pasal permainan yang ada dalam kotak tak sama macam dalam iklan sebab yang kedai tu stok lama.haha..


Beli sebab nak mainan dalam dia

Lepas tu,ada satu masa kuar jajan nama Roka.ini kira jajan mahal la bagi aku and jajan ni dikira pengganti Ferrero Roche.kecik2 dulu mana mampu nak beli FR.dapat makan sekali setahun pun dah kire heaven.so agak2 ada duet lebih,menatang Roka ni la pengubat keteringinan FR.tapi perasan tak,sekarang Roka ni isi dia sikit.sebenarnya tak kesah la apa2 jajan sekarang pun kalau compare dengan dulu isi dia memang sikit.ye ah.production cost makin meningkat tapi producer tak mau naikkan harga so dorang kurangkan la isi kandungan.kalau dulu beli satu cukup,tapi sekarang kena beli dua baru puas sikit makan.


Jajan mahal..haha

Aku merindui zaman2 suka berjajan dulu.bila dah besar ni dah 25 tahun (omaigod!dah tua dowh..suku abad sudah..uhuk2) kurang dah rasa nak berjajan.bukan kurang kadang memang takde pun.tapi kalau pegi kedai pastu terjumpa jajan and rasa “eh,dah lama tak makan benda ni” then aku beli la.

Bila mention pasal 25 tahun tu membuatkan aku tersedar yang aku ni dah dewasa tapi selama ni macam tak rasa pun.

Ke aku tak sedar diri?nyek2~ =P

Aku pun bekeng jugak.

3 bulan pektikal ni macam2 aku buat,alami,hadapi.benda2 baru yang aku belajar kat unit ketam,melayan kerenah orang2, tengok taik lembu bertepek tepek sana sini taik kambing pulak berterabur sepanjang jalan.pastu dapat rasa macam mana jadi kuli,paham perasaan kuli bila dapat makan n dapat minum air sejuk di waktu panas membahang, mencarut sepanjang hari..semua aku buat kat sini.

Ada orang rasa sayang nak tinggalkan tempat ni.aku pulak tiap2 hari menghitung hari bila nak berambos dari sini.over all,tak seronok pun pektikal ni.adanya benda2 yang seronok bila aku buat sesuatu untuk menyeronokkan diri yang stress.

Lagi satu benda yang aku belajar,bila kita jadi pegawai kita kena consider jugak orang2 bawah kita.jangan main ikot sedap mulut je nak arah2.asek kira bekeng kau je,bekeng aku nak campak mane?dalam longkang?

::kalau pasir tu ringan macam kapas,seploh tahun dulu kitorang siap dah cuci tangki tu.hoh.

Friday, January 21, 2011

Ending yang bodoh

Minggu ni minggu yang menstresskan.dah la stress sakit2 badan pulak tu...minggu ni minggu kuli..naseb baik petang tu Faizul belanja minum air nyior.sejuk la cket..

Ok salah.kolam tu lebih dari 30 kaki ye..



Disebabkan terlampau stress hari tu membuatkan aku



Hoh.

Tuesday, January 18, 2011

Abu sayap

Setelah 2 hari menjadi kuli,besok akan dikerah lagi sekali tenaga dan keringat oleh orang2 yang mengambil kesempatan atas kepraktikalan kami kat sini.kena cuci kolam.WHAT THE FROG! ;(

GENG SAYAP.gelaran yang diberi oleh Encik Aluwi kepada orang2 bawahannya yang selalu hilang.hilang ‘terbang’ ntah ke mana diwaktu orang2 lain sibuk bekerja.
Kebengangan mencapai tahap maksimum bila disuruh mencuci kolam atau pool yang besarnye adela lebih kurang 30 kaki.mesti korang akan cakap,”ala,dia mintak tolong tu..kolam tu kan besar.kalau cuci ramai2 takde la penat sangat.boleh cepat siap”.

Haha.kitorang boleh bezakan orang2 yang memang nak mintak tolong dengan orang2 yang memang nak ambik kesempatan..salah seorang geng sayap ni sangat dipangkah oleh aku,Syafiq dan Farina sebab dia pernah menggelegakkan hati kitorang.pernah sekali kami pergi ambik rotifer(makanan tuk ketam).penat2 harvest ni,sat gi dia tetibe datang dengan moto lc baru dia,”err,ni baldi korang ye?saya ambik yang ni ye.nanti korang ambik baru”.bangang.sedap2 datang ambik,blah,pastu baldi tak pulang balik.kitorang pulak kena pergi ambik baldi tu balik.haa,taim tu memang la dapat sekandang daripada aku.

Pastu pulak budak praktikal yang result dia bergred(12 jam kredit),malas.kitorang yang lulus-gagal ni je pulak kena buat keje lebih.sepak kang.
Aku nak tengok.besok dia cuci sekali ke tak kolam tu..kalau memang kitorang je yang cuci,kau memang bab1..

::Awal2 nak start menulis balik ni entri asyik marah,bengang je..nak mencari benda2 yang gembira,menarik pulak untuk ditulis.

Masih seorang kuli...

Bila aku go thru balik post lama2,baru aku perasan yang blog aku ni selalu terabai..kalau rumah mau jadi haunted.asyik takde orang je.haha.

Ok la.kire azam 2011 ni nak berajin cket la menulis..harap2 tak hot2 chicken shit..kehkeh =P

Praktikal aku masih berbaki 24 hari kot..lecturer belum datang buat evaluation lagi.mati la kalau dalam seminggu dua ni dia nak datang.log book tak siap lagi.presentation??lagi la.harammmm..ntah ape aku buat ntah.haha..malam2 bersuke ria je tengok movie..kesedaran sivik langsong takde nak buat log book ke ape2 yang patut..huhu.

Astaghfirullah hal 'azim.Nafisah,,Nafisah..

Sila sedar ye Nafisah...

Okla..nak tido la.besok nak buat keje berat..jadi kuli lagi.deym~

Selamat malam!

::Ummi dah tersungkur tertido kat kaki aku..dengan laptop x tutup.lagu kat talipon masih berkumandang."Ummi,Ummi..dah jom tido betul2..kata besok nak bangun awal".

Monday, January 17, 2011

Aku Si Kuli

Omaigod...sembilan tahun setengah tak update blog...tengok tu.berhabuk kat hujung bawah sana.bersawang kat penjuru atas tu...okok.dah berazam nak aktif berblog balik ni.nak buat comeback.ececeeeee....


Untuk update:: sekarang sedang berpraktikal di Fisheries Research Institute Besut,Terengganu..dijangka tamat pada 10hb Februari 2011.

Best gak pektikal kat sini pasal tempat baru..tapi ada gak benda2 tak best yang menyelit..entri hari ni pendek je.sebab dah nak pukul 5.nak balik dah.sekadar nak menulis sikit pasal kata tadi nk buat comeback..haha.tapi sekadar nak nak emphasize yang hari ni AKU SEORANG KULI...terima kaseh.byeeee~ ^___^